Anda di sini

MTPN Sabah sertai nuzul al-Quran dan kesyukuran

Advertisement
 Wakil MTPN Sabah merakamkan kenangan bersama pihak penganjur dan anak-anak yatim yang menerima sumbangan pada majlis itu.
SUMBANGAN: Wakil MTPN Sabah merakamkan kenangan bersama pihak penganjur dan anak-anak yatim yang menerima sumbangan pada majlis itu.

KOTA KINABALU: Rombongan Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) Cawangan Sabah diketuai Yang Dipertua MTPN Sabah Kevin Lo menghadiri Majlis Sambutan Nuzul Al Quran dan Kesyukuran 2024 di Masjid Bandaraya di sini pada Isnin lepas.

Majlis berkenaan anjuran Pertubuhan Wanita Sabah (PEWASA) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Islam Sabah (PERKIS) Bahagian Kota Kinabalu.

Seramai 20 anak yatim dari Rumah Anak-anak Kesayangan Likas dan ahli-ahli  PERKIS Kota Kinabalu yang terlibat dalam  kebakaran Kampung Likas baru-baru ini turut diraikan dengan pemberian bantuan.

Selain itu, program berkenaan melibatkan pengisian tazkirah bertajuk 'Mungkin Ramadan Terakhir Kali Ini' yang disampaikan oleh Pengerusi Bahagian PERKIS Kota Kinabalu Datuk Jalidar Abdul Rahim.

Sementara itu,  Penasihat MTPN Sabah Anne dalam ucapan aluannya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima atas sokongan dan kehadiran MTPN dan beberapa individu yang turut menyumbang duit raya kepada anak anak yatim.
 

Advertisement