Anda di sini

Lelaki tidak mengaku tuduhan edar syabu

Advertisement
 

SIBU: Seorang lelaki berusia 31 tahun yang didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis syabu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Wong Kieng Li, didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) Akta yang sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati, hendaklah dihukum dengan sebat tidak kurang daripada 12 sebatan jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, Wong didakwa mengedar 717.67 gram dadah jenis Methamphetamine pada 12 Dis 2023, kira-kira jam 5 petang di dalam sebuah kereta di Jalan Oya.

Hakim Wong Siong Tung menetapkan pengurusan kes pada 6 Mei.

Tertuduh diwakili peguam Daren Ling dan sementara pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mark Kenneth Netto.
 

  • oleh
  • Advertisement