Anda di sini

Lelaki berdepan tuduhan cubaan membunuh pada 7 Mei

Advertisement
 

SIBU: Seorang lelaki yang didakwa cuba membunuh dengan melanggar menggunakan kenderaan pacuan empat roda ketika rusuhan di Machan Ogos tahun lepas, ditetapkan untuk dibicarakan pada 7 Mei ini.

Hakim Mahkamah Sesyen Saiful Bahari Adzmi mengesahkan ketika pengurusan kes di sini, hari ini bahawa perbicaraan ke atas tertuduh, Jonwin Umpi, 57, akan bermula pada 7 Mei hingga 9 Mei dan akan bersambung pada 14 dan 15 Mei.

Jonwin didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan juga denda, dan jika menyebabkan kecederaan kepada mana-mana orang ketika perbuatan itu, boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, Jonwin didakwa cuba membunuh seorang lelaki berusia 25 tahun dengan melanggar mangsa menggunakan kenderaan pacuan empat roda pada 7 Ogos 2023, kira-kira jam 4.30 petang di hadapan sebuah restoran di Machan, Kanowit.

Susulan kejadian ini turut dipercayai telah mencetuskan kekecohan di Pejabat Daerah Kanowit pada 13 September lalu.

Pendakwaan kes dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mark Kenneth Netto dan David Bakit Nuing.
 

  • oleh
  • Advertisement