Anda di sini

Kekal positif, hadapi semua cabaran: Klopp 

Advertisement

Berazam untuk menikmati saingan kejuaraan Perdana Inggeris musim terakhir di Anfield

 

LONDON: Pengurus kelab Liverpool, Jurgen Klopp, berazam untuk menikmati saingan sengit kejuaraan Liga Perdana Inggeris dalam apa yang merupakan musim terakhirnya di Anfield.

Liverpool bangkit dari ketinggalan pada awal permainan sebelum menewaskan Brighton 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Ahad, hasil gol Luis Diaz dan Mohamed Salah.

Dengan Manchester City dan Arsenal seri tanpa jaringan, Liverpool kini berkelebihan dua mata di singgahsana liga dengan baki sembilan perlawanan sahaja lagi musim ini.

Baki jadual perlawanan Liverpool termasuk menentang Manchester United, Tottenham dan Aston Villa, pasukan masing-masing di tangga keenam, kelima dan keempat liga.

Liverpool dan pesaingnya mungkin akan tercicir mata di antara sekarang dan akhir musim tetapi Klopp berasa gembira dengan saingan sengit musim ini.

“Kita harus mengharunginya dan membuat keputusan jika kami akan menikmatinya atau tidak,” katanya.

“Ia pastinya sukar dan ya, ia kadang-kadang mendebarkan dan kadar degupan jantung anda sekitar 180 atau 200 atau apa sahaja dari masa ke semasa jika anda menontonnya atau jika akan bermain dalam perlawanan ini.

“Tetapi jika kami semula menikmatinya, maka kami mempunyai satu peluang. Jika tidak, kami masih ada satu peluang, ia menjadi lebih sukar dan kerana itu kami akan cuba kekal positif dalam semua saat ini.”

Klopp menambah: “Ia adalah situasi yang hebat yang diusahakan oleh pemain, kami bersaing dengan dua pasukan lain untuk kejuaraan terbesar dalam bola sepak Inggeris dan kita akan lihat bagaimana ia berakhir.

“Tetapi saya membuat keputusan saya akan benar-benar cuba untuk menikmatinya.”

Kemenangan Liverpool adalah kerana kecemerlangan bekas pemain Brighton, Alexis Mac Allister, yang mengumpan gol kemenangan oleh Salah.

“Macca cukup hebat... sangat luar biasa... tetapi apabila anda mempunyai bakat seperti ini, apabila anda mempunyai karektor seperti ini, maka anda harus menunjukkannya,” tambah Klopp.

“Ia adalah tentang Macca, dia boleh melakukannya. Pemain lain juga bermain dengan bagus.” — AFP

Advertisement