Anda di sini

Howe beri amaran tidak akan menjual Isak

Advertisement
Isak menjaringkan gol pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara  Newcastle United dan  West Ham United di St James’ Park di Newcastle, England baru-baru ini. — Gambar AFP
Isak menjaringkan gol pada perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Newcastle United dan West Ham United di St James’ Park di Newcastle, England baru-baru ini. — Gambar AFP

NEWCASTLE: Pengurus kelab Newcastle United, Eddie Howe, memberi amaran kepada pesaingnya bahawa Alexander Isak tidak akan dijual untuk mana-mana nilai pada musim panas akan datang.

Howe tahu dia mungkin akan kehilangan anggota penting dalam skuadnya ketika Newcastle perlu memberikan diri mereka lebih banyak ruang untuk merancang pembinaan semula skuad pada musim panas ini.

Isak akan menjadi bintang utama Newcastle selepas dia menjaringkan gol peribadi ke-18 musim ini dan turut mengumpan bola kepada Harvey Barnes ketika Newcastle menewaskan West Ham United.

Tetapi akhbar The Telegraph mendakwa bahawa sebarang potensi pembida pemain akan diketepikan kerana Howe mahu membina pasukan di sekeliling pemain antarabangsa Sweden itu.

Ditanya jika dia akan menimbangkan penjualan Isak untuk membantu dengan pematuhan peraturan kelestarian dan keuntungan kelab (PSR), Howe berkata: “Saya fikir dia beraksi hebat ketika menentang West Ham.

“Dia tidak menjaringkan gol dalam permainan terbuka namun dua penaltinya cukup bagus dan permainan keseluruhannya juga sangat bagus. Pertalian permainan, kecergasan, dia kelihatan berada di satu tempat yang sangat bagus. Dia adalah bakat luar biasa dan tiada siapa yang mempunyai pertalian dengan Newcastle United mahu kehilangannya.”

Arsenal sudah difahamkan berminat dengan seorang pemain yang juga boleh bermain di posisi sayap atau sebagai penyerang tengah tetapi Isak menandatangani satu kontrak enam tahun apabila tiba dari kelab Real Sociedad dengan yuran perpindahan bernilai 63 juta pound pada Ogos 2022 dan Newcastle tidak berada dalam sebarang tekanan untuk menjual.

Pemain antarabangsa Brazil, Bruno Guimaraes dan Joelinton kelihatan dalam bahaya. Guimaraes mempunyai syarat pelepasan kontrak bernilai sekitar 100 juta pound sementara Joelinton, masih berunding lanjutan kontrak semasa yang berakhir pada musim panas tahun hadapan.

 Dia akan dijual jika dia tidak menandatangani kontrak lanjutan.

Kepulangan pemain akademi kelab, Elliot Anderson yang pulih dari kecederaan juga memberikan Howe berita yang baik selepas kehilangan kapten pasukan, Jamaal Lascelles, Tiho Livramento dan Miguel Almiron kerana kecederaan ketika menentang West Ham.

Anderson bermain hebat dalam pramusim tetapi dia sudah berehat selama empat bulan kerana keretakan tulang. — AFP
 

Advertisement