Anda di sini

Hospital Miri cari waris Chai Shih Hiong

Advertisement
Waris atau ahli keluarga Chai Shih Hiong sedang dicari pihak Hospital Miri.
Waris atau ahli keluarga Chai Shih Hiong sedang dicari pihak Hospital Miri.

MIRI: Hospital Miri kini sedang mencari waris atau ahli keluarga kepada pesakit wanita berusia 66 tahun dikenali sebagai Chai Shih Hiong. 

Menerusi hantaran di Facebook Hospital Miri, merujuk kepada kad pengenalan pesakit bernombor 570415-13-XXXX, alamat yang tertera adalah di Lot 97, Tudan Phase 2, 98000 Miri. 

“Pada mulanya, pesakit telah dibawa ke Hospital Miri menggunakan ambulans hospital setelah dihubungi oleh orang awam yang menjumpai pesakit dalam keadaan tidak bermaya di kawasan bandar raya Miri. 

“Beliau seterusnya mendapatkan rawatan dan kini dalam keadaan yang stabil,” katanya dalam hantaran berkenaan. 

Kenyataan tersebut menambah, sejak pesakit dimasukkan ke Hospital Miri, tiada waris atau kenalan yang datang melawatnya. 

Sehubungan itu, pihak Hospital Miri menyeru waris atau ahli keluarga pesakit untuk menghubungi Jabatan Kerja Sosial Perubatan di talian 085-460633 pada waktu pejabat iaitu Isnin hingga Jumaat atau terus pergi ke Wad 7, Hospital Miri dengan kadar segera. 
 

Advertisement