Anda di sini

Gempa bumi di Taiwan: Seorang terbunuh, lebih 50 orang cedera

Advertisement
 

MOSCOW: Seorang terbunuh dan lebih 50 orang cedera selepas beberapa siri gempa bumi kuat melanda pantai timur Taiwan, lapor Sputnik memetik laporan Reuters pada Rabu, yang memetik jabatan bomba Taiwan.

Menurut Pentadbiran Gempa Bumi China, gempa bumi berukuran 7.3 magnitud melanda pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada Rabu. Gempa bumi itu diikuti oleh lebih 11 gegaran bumi dengan magnitud lebih daripada empat, kata pentadbiran.

Pada pagi Rabu, satu siri gempa bumi kuat direkodkan di luar Taiwan. Jurucakap Agensi Meteorologi Jepun berkata gempa bumi terkuat itu mempunyai magnitud 7.7. Ia diikuti gempa bumi bermagnitud 6.6 dan gegaran bumi bermagnitud 6.3, menurut data Agensi Meteorologi Jepun. Pengguna media sosial menyiarkan video di aplikasi X (Twitter), menunjukkan beberapa bangunan di Taiwan condong dan sebahagiannya musnah.- BERNAMA-SPUTNIK
 

Advertisement