Anda di sini

Empat rumah terjejas akibat kebakaran longgokan barang terpakai

Advertisement
 Keadaan kebakaran membabitkan longgokkan barangan terpakai di luar rumah mangsa.
TERBAKAR: Keadaan kebakaran membabitkan longgokkan barangan terpakai di luar rumah mangsa.

PUTATAN: Empat rumah terjejas dalam kebakaran selepas longgokkan barangan terpakai terbakar di sebuah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mujurlah kebakaran dapat dikawal selepas penghuni rumah bertindak memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api dan air paip.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 12.20 tengah hari.

“Bertindak dengan maklumat, sepasukan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi pemadaman.

“Semasa ketibaan pihak bomba di lokasi, kebakaran membabitkan empat buah rumah masing-masing seluas 20X30 kaki persegi di tingkat tujuh terjejas sebanyak 10 peratus di bahagian luar rumah.

“Kebakaran berlaku akibat daripada kebakaran longgokkan barangan terpakai di luar rumah dan berjaya dipadam oleh penghuni rumah menggunakan alat pemadam api dan air paip,” katanya.

Menurutnya, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian ini dan operasi keseluruhan ditamatkan jam 1.28 petang.

  • oleh
  • Advertisement