Anda di sini

500 bekas bubur lambuk diagih kepada agensi kerajaan di Sri Aman

Advertisement
Sapiah (dua kiri) yang mewakili Dayang Noorazah sedang menyampaikan bubur lambuk kepada salah sebuah agensi kerajaan di Sri Aman sambil diperhatikan oleh Farisya Adilla Badjuri (kiri), Amzul (kanan), Noor Hayati (dua kanan), Zaleha (tiga kiri) semasa majlis pengagihan bubur berkenaan dekat sini petang Selasa.
Sapiah (dua kiri) yang mewakili Dayang Noorazah sedang menyampaikan bubur lambuk kepada salah sebuah agensi kerajaan di Sri Aman sambil diperhatikan oleh Farisya Adilla Badjuri (kiri), Amzul (kanan), Noor Hayati (dua kanan), Zaleha (tiga kiri) semasa majlis pengagihan bubur berkenaan dekat sini petang Selasa.

SRI AMAN: Sebanyak 500 bekas bubur lambuk telah berjaya diagihkan kepada setiap agensi kerajaan di Sri Aman menerusi Program Memasak dan Pengagihan Bubur Lambuk anjuran Kelab Kakitangan Islam dan seluruh warga kerja Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman bertempat di Perkarangan Pejabat Pertanian Daerah Sri Aman, petang Selasa.

Pegawai Pertanian (Pembangunan), Pejabat Pertanian Bahagian Sri Aman, Farisya Adilla Badjuri berkata, program itu diadakan sebagai aktiviti tahunan warga jabatan setiap kali menjelangnya bulan Ramadan di samping sebagai aktiviti khidmat sosial di kalangan warga jabatan yang beragama Islam.

Menurutnya lagi, program ini juga bertujuan untuk menyemai semangat bekerja berpasukan dan memperkukuhkan lagi ikatan silaturahim sepanjang Ramadan .  

“Selain itu, program ini juga tidak lain tidak bukan dapat meningkatkan hubungan dan nilai kemasyarakatan antara agensi kerajaan yang lain,”ujarnya. 

Terdahulu, majlis pengagihan bubur lambuk berkenaan telah disempurnakan oleh Ketua Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga, Sapiah Drahman dan Zaleha Jamal yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor. 

Hadir sama pada program tersebut, pengagihan bubur lambuk ialah Pegawai penyelidik, Amzul, Penolong Pegawai Tadbir Pertanian Bahagian Sri Aman, Noor Hayati Ahmad, Pegawai Menguasa Pejabat Pertanian Daerah Engkilili serta Lubok Antu, Chadum Lawan, Pengetua Pusat Latihan Pertanian Nanga Kesit, Elizabeth Siah serta wargakerja Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman.
 

  • oleh
  • Advertisement