Anda di sini

200 hadir majlis berbuka puasa Kumpulan Yayasan Sabah di Tuaran

Advertisement
 Abdul Kassim (barisan depan, lapan dari kiri) bersama penerima sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah.
KENANGAN: Abdul Kassim (barisan depan, lapan dari kiri) bersama penerima sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah.
 Penduduk Kampung Selupoh berbuka puasa bersama kakitangan Kumpulan Yayasan Sabah.
IFTAR: Penduduk Kampung Selupoh berbuka puasa bersama kakitangan Kumpulan Yayasan Sabah.

TUARAN: Seramai 200 individu menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Kumpulan Yayasan Sabah melalui pejabat Zon Pantai Barat Selatan.

Majlis yang diadakan di Masjid Tun Hamdan, Kampung Selupoh, Tuaran turut dihadiri Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Abdul Kassim Razali yang mewakili Ketua Menteri Sabah.

Hadir sama, Ketua Penyelaras Pentadbiran Zon Kumpulan Yayasan Sabah, Zulkhairi Ismail, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sulaman, Murneh Lamsari dan para pemimpin masyarakat setempat.

Pada majlis itu, Abdul Kassim turut menyampaikan sumbangan Kumpulan Yayasan Sabah kepada Masjid Tun Hamdan dan sumbangan bakul makanan kepada 50 orang asnaf.

Advertisement