Anda di sini

Yakult Malaysia anjur kempen beli dan menang ‘Semarak Rayakult’

Advertisement
 

KUCHING: Yakult Malaysia baru-baru ini menganjurkan kempen beli dan menang ‘Semarak Rayakult’ yang berlangsung sepanjang bulan Ramadan. 

Menurut kenyataan dikeluarkan Yakult Malaysia, selain menyemarakkan sambutan Ramadan pada tahun ini, syarikat itu ingin menggalakkan para pelanggan terus menikmati khasiat minuman Yakult sepanjang bulan Ramadan.

Ini membolehkan mereka menyempurnakan bulan penuh mulia ini selaras dengan falsafah Yakult yang mementingkan kesejahteraan sebagai asas kepada kebahagiaan seseorang. 

Para pelanggan yang membuat pembelian minimum 20 botol dalam satu resit boleh menebus satu set sampul raya eksklusif daripada promoter Yakult, Wanita Yakult atau melalui laman sesawang rasmi Yakult Malaysia. 

Bagi menyemarakkan lagi kempen ini, Yakult Malaysia menawarkan peluang kepada para pelanggan untuk memenangi hadiah cabutan bertuah mingguan Touch’n Go eWallet bernilai RM100 dari 4 Mac hingga 7 April 2024 dengan hanya mengimbas kod QR pada sampul raya keluaran Yakult Malaysia.

100 pemenang bertuah akan dipilih secara rawak untuk menerima Touch ‘n Go eWallet setiap minggu manakala lima pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah utama berupa Botol Emas 916 Mini Yakult (5g) Edisi Terhad yang bakal menjadi rebutan para pelanggan. 

Butiran kempen ini boleh didapati di laman sesawang rasmi Yakult Malaysia, www.yakult.com.my .

Pengarah Urusan Yakult Malaysia Hiroki Yanase berkata: “Yakult Malaysia menyambut kedatangan Ramadan tahun ini dengan penuh kegembiraan dan kesyukuran. 

"Kami mendoakan agar anda semua diberikan kesihatan dan kesejahteraan diri untuk menjalani ibadah puasa sehingga penghujungnya.

"Sempena bulan mulia ini, kami ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada seluruh umat Islam di Malaysia," kata Hiroki.

Tambah beliau: “Yakult Malaysia amat menghargai segala sokongan dan keyakinan anda semua terhadap produk kami. Kami berharap anda semua terus setia bersama kami dan memilih produk kami sebagai salah satu jenama probiotik yang bagus dan dipercayai di pasaran.”

Untuk rekod, minuman probiotik Yakult membantu meningkatkan fungsi usus di mana 80 peratus daripada sistem imun kita berada di dalam usus. Setiap botol mengandungi 30 bilion bakteria hidup Shirota Strain. 

Minuman probiotik Yakult dinikmati oleh 40 juta orang setiap hari di 40 negara seluruh dunia yang terbukti secara saintifik dapat membantu melancarkan fungsi usus. 

Manfaat Shirota Strain telah diperakui dalam Akta & Peraturan Makanan Malaysia dan minuman Yakult disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Advertisement