Anda di sini

TYT terima kunjungan hormat Setiausaha Persekutuan Sarawak

Advertisement
Tun Wan Junaidi (dua kiri) bergambar kenangan bersama Ahmad Nazdri (kiri). Turut kelihatan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi (dua kanan) dan Rita. -Gambar Penerangan
Tun Wan Junaidi (dua kiri) bergambar kenangan bersama Ahmad Nazdri (kiri). Turut kelihatan Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi (dua kanan) dan Rita. -Gambar Penerangan

KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Persekutuan Sarawak Dato Ahmad Nazdri Mohd Hassan di Astana Negeri di sini, hari ini.

Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan perkembangan semasa berkaitan sektor kesihatan dan pendidikan selepas lawatan Perdana Menteri baru-baru ini.

Ketika ditemui media selepas kunjungan hormat itu beliau berkata, Tun amat berminat dan memberi perhatian tinggi terhadap pembangunan sektor kesihatan dan pendidikan.

"Tun juga berkesempatan untuk berkongsikan pengalamannya semasa menyandang jawatan menteri dalam beberapa kementerian di persekutuan,” tambahnya.

Hadir sama pada kunjungan hormat itu ialah Timbalan Setiausaha Persekutuan Sarawak Rita Elisha Mering. 
 

Advertisement