Anda di sini

Sarawak pertimbang penilaian Cambridge untuk pelajar darjah enam mulai 2026: Tiang

Advertisement
TIANG
TIANG

SIBU: Sarawak merancang untuk mempunyai ujian penilaian sendiri bagi murid-murid darjah enam di seluruh negeri mulai 2026, kata Datuk Michael Tiang.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata pelan ini selaras dengan program dwibahasa (DLP).

"Kami (kerajaan negeri) juga sedang mempertimbangkan sukatan pelajaran Cambridge (untuk ujian)," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negerj (ADUN) Pelawan itu berkata demikian diminta penjelasan mengenai ucapannya pada majlis makan malam pada Ahad, yang dilaporkan oleh See Hua Daily News.

Tiang berkata cadangan pelan penilaian itu adalah sebagai tambahan kepada inisiatif kerajaan Sarawak untuk menyediakan pendidikan tinggi percuma di semua universiti dan institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri mulai 2026.

Pada November tahun lalu, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, telah menyatakan bahawa cadangan penilaian standard untuk Darjah Enam di Sarawak dijangka akan dimulai pada tahun 2025. 

Penilaian tersebut akan memberi tumpuan kepada mata pelajaran DLP seperti Sains, Matematik, dan Bahasa Inggeris.

Bagaimanapun, Sagah menekankan bahawa masih terlalu awal untuk mendedahkan butiran lanjut mengenai penilaian itu, kerana perbincangan masih dilakukan.

Perubahan dalam sistem penilaian ini berlaku selepas kerajaan pusat memansuhkan pentaksiran tingkatan 3 pada bulan Jun 2022, berikutan kesan pandemik COVID-19 yang menyebabkan ujian tersebut tidak dilaksanakan pada tahun 2020 dan 2021.

Selain itu, peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk darjah enam juga dibatalkan pada tahun 2021.

  • oleh
  • Advertisement