Anda di sini

Program Shopping Raya bersama 100 anak yatim, asnaf

Advertisement
 Anak-anak yatim dan asnaf merakamkan gambar kenangan bersama Juliah, Redonah, Dexter Lau dan Awang Kadin.
ALBUM: Anak-anak yatim dan asnaf merakamkan gambar kenangan bersama Juliah, Redonah, Dexter Lau dan Awang Kadin.


KOTA KINABALU: Sempena bulan Ramadan tahun ini seramai 100 anak-anak yatim dan golongan asnaf di kawasan DUN Darau diraikan membeli baju raya di Pusat Beli-belah Servay Hypermarket Likas di sini hari ini.


Anak-anak yatim dan asnaf dibawa membeli-belah pakaian raya oleh isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Panglima Juliah Salag bersama-sama dengan Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Datuk Redonah Bahanda yang juga Setiausaha Politik dan Naib Ketua Wanita Gagasan Rakyat, Aziah Atoh.


Turut hadir sama Ketua Pengarah Eksekutif Kim Teck Cheong Consolidated Berhad, Datuk Dexter Lau dan Pengarah UPPN Sabah Datuk Awang Kadin Tang.


Setiap asnaf dan anak yatim yang diraikan diperuntuk RM200 untuk membeli baju raya sumbangan daripada Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) yang menganjurkan Program Amal Berbuka Puasa di seluruh Sabah sepanjang bulan Ramadan.


Menurut Redonah program itu adalah satu inisiatif bagi mendekati dan menyantuni komuniti khasnya golongan yang kurang berkemampuan untuk membeli keperluan hari raya.         

 Juliah mengabadikan gambar kenangan bersama salah seorang asnaf yang diraikan dalam program itu.
SEMANGAT PERAYAAN: Juliah mengabadikan gambar kenangan bersama salah seorang asnaf yang diraikan dalam program itu.


“Kita berharap untuk tahun seterusnya, kita mampu meneruskan dan mengadakan lebih banyak program seumpamanya ini, berkongsi dengan mereka di bulan Ramadan ini.


Program ini juga melibatkan isteri-isteri wakil rakyat bersama-sama dengan golongan asnaf dan anak-anak yatim membeli barangan keperluan untuk hari raya.


"Rakyat boleh menilai setiap khidmat atau sumbangan yang disampaikan walaupun sekecil mana sumbangan itu dan setiap sumbangan dilakukan dengan niat yang suci pasti akan dihargai," kata Redonah semasa ditemui pada program Shopping Raya bersama 100 orang anak-anak yatim dan golongan asnaf di Servey Hypermarket Likas di sini hari ini.


Sementara itu, isteri Ketua Menteri Datin Seri Panglima Juliah Salag turut menyeru sektor swasta dan syarikat milik kerajaan (GLC) supaya memainkan peranan proaktif dalam melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.


Beliau berkata sektor swasta dan GLC terbabit perlu sentiasa menghulurkan pelbagai jenis bantuan kepada masyarakat setempat, selain bekerjasama dengan kerajaan secara konsisten menjayakan usaha itu.


"Bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku ke atas anak-anak sepanjang musim panas dan berjerebu ini.


"Saya berharap ibu bapa dapat memberi perhatian dan memantau anak-anak kerana kita di sini mengalami masalah jerebu dan cuaca panas yang berterusan sejak akhir-akhir ini," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement