Anda di sini

Bas rempuh perarakan Paska di Brazil, empat maut

Advertisement
 

BRASILIA: Sekurang-kurangnya empat maut selepas sebuah bas merempuh perarakan Paska Ahad di negeri timur laut Brazil Pernambuco, menurut gabenornya.

"Takziah buat penganut dan keluarga mangsa langgar lari yang berlaku semasa perarakan di Jaboatao yang mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya empat orang," menurut Gabenor Raquel Lyra dalam hantaran Instagram.

Insiden itu juga menyebabkan kira-kira 20 orang cedera, media tempatan memetik kakitangan kecemasan sebagai berkata.

Datuk Bandar Jaboatao Mano Medeiros berkata dalam X bahawa insiden itu amat serius tetapi tiada butiran lanjut.

Video tidak disahkan mengenai nahas itu yang beredar dalam media sosial dan tempatan menunjukkan sebuah bas meluru laju menuruni sebatang jalan yang curam lalu merempuh sekumpulan penganut yang mengiringi perarakan itu.

Pemandu bas terbabit kemudian melarikan diri dari tempat kejadian, lapor media tempatan. - AFP

Advertisement