Anda di sini

Son selamatkan maruah Tottenham

Advertisement

Memastikan kemenangan 2-1 ke atas Luton, sementara Villa kembali rampas tangga keempat Liga Perdana Inggeris setelah menewaskan Wolves 2-0 

SON
SON

LONDON: Gol kemenangan lewat Son Heung-min memastikan Tottenham Hotspur menang 2-1 ke atas Luton Town tetapi Aston Villa menewaskan Wolves 2-0 untuk merampas kembali tangga keempat Liga Perdana Inggeris daripada Spurs pada Sabtu lepas.

Chelsea kekal di kelompok bawahan liga selepas dua kali mensia-siakan pendahuluan gol walaupun berdepan lawan yang bermain dengan 10 pemain, Burnley ketika seri 2-2.

Spurs sekarang sudah bangkit dari ketinggalan sebanyak empat dari lima perlawanan terakhir di tempat sendiri dan satu lagi kebangkitan dalam separuh masa kedua mengekalkan saingan untuk kelayakan ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Gol Tahith Chong seawal minit ketiga meletakkan Luton di hadapan tetapi pendatang baharu liga itu menamatkan permainan dengan berada dalam zon penyingkiran selepas tanpa kemenangan dari 10 perlawanan.

Pertukaran dilakukan oleh jurulatih Spurs, Ange Postecoglou pada masa rehat sekali lagi memberi impak buat Spurs apabila hantaran Brennan Johnson terkena Issa Kabore dan masuk ke pintu golnya sendiri, enam minit selepas Johnson di masukkan.

Son, yang terlepas beberapa peluang awal dalam permainan tetapi akhirnya memperolehi peluang apabila rembatannya terkena pertahanan lawan sebelum mengelirukan penjaga gol Luton, Thomas Kaminski untuk gol peribadi ke-15 musim ini.

“Sehingga ke akhirnya, saya berasa kecewa tetapi saya mahu terus kekal sebagai kapten,” kata Son.

“Kami tidak mahu ia sentiasa berakhir seperti ini, ia boleh lebih menarik jika kami memenanginya lebih awal.”

Kemenangan Spurs meletakkan mereka ke tangga keempat buat seketika sebelum Villa membalas dengan gol Moussa Diaby dan Ezri Konsa untuk membolehkan mereka menewaskan kelab jiran.

Pada perlawanan lain, pengurus Chelsea, Mauricio Pochettino berdepan dengan satu lagi kritikan di Stamford Bridge selepas anak buahnya gagal mengambil sepenuh peluang dengan bermain lebih seorang pemain dalam separuh masa kedua ketika berdepan lawan yang berada di tangga kedua dari bawah liga.

Chelsea kelihatan akan meraih kemenangan selesa selepas Lorenz Assignon dibuang padang kerana mengasari Mkyhailo Mudryk dalam kotak penalti pada separuh masa pertama.

Pengurus Burnley, Vincent Kompany juga dilayangkan kad merah kerana membuat bantahan keterlaluan di tepi padang.

Cole Palmer menyempurnakan penalti dengan tenang namun Burnley, dengan 10 pemain, mengikat kedudukan dua minit selepas rehat menerusi gol cantik Josh Cullen dari luar kotak penali.

Raheem Sterling dicemuh ketika meninggalkan padang apabila Chelsea menewaskan Leicester City dalam perlawanan suku akhir Piala FA Inggeris dua minggu lepas tetapi memikirkan dia menjaringkan gol kemenangan dari satu umpanan Palmer.

Chelsea bagaimanapun gagal mempertahankan pendahuluan gol itu apabila Dara O’Shea mengikat kedudukan sembilan minit sebelum tamat permainan.

“Hari ini, kami tidak menunjukkan kemampuan, tenaga dan kesungguhan untuk bersaing dalam Liga Perdana,” kata Pochettino.

“Di bahagian pertahanan, kami memberikan terlalu banyak ruang. Kerana itu saya berasa marah dan kecewa.”

Newcastle United hanya kurang satu mata di belakang West Ham di tangga ketujuh selepas kebangkitan luar biasa ketika menang 4-3 di St James’ Park.

Gol oleh Michail Antonio, Mohammed Kudus dan Jarrod Bowen meletakkan West Ham selesa di hadapan selepas Newcastle membuka jaringan menerusi penalti Aleksander Isak pada awal permainan.

Bagaimanapun, penalti kedua Isak 13 minit sebelum tamat permainan memulakan kebangkitan sebelum pemain gantian, Harvey Barnes menjaringkan dua gol untuk memastikan kemenangan berharga.

Tempoh tanpa kemenangan Everton berterusan kepada 12 perlawanan selepas tewas 1-2 di Bournemouth, menyebabkan mereka masih berada di kedudukan tidak selama dengan hanya tiga mata di atas zon penyingkiran.

Nottingham Forest melangkah keluar dari zon penyingkiran dengan hanya perbezaan gol selepas seri 1-1 dengan Crystal Palace sementara kelab tercorot, Sheffield United dinafikan kemenangan keempat musim ini apabila bolos dua gol ketika seri 3-3 dengan Fulham. 

Pemain gantian, Mason Mount memikirkan dia menjaringkan gol kemenangan Manchester United dalam minit kecederaan tetapi Brentford mengikat kedudukan tidak lama selepas itu untuk keputusan akhir seri 1-1, sekali gus menjejaskan peluang kelab untuk memburu tempat ke Liga Juara-Juara musim hadapan.

Mount membuka jaringan buat United pada minit ke-99 tetapi Kristoffe Ajer mengikat kedudukan pada minit ke-99 untuk meletakkan United kekal di tangga keenam, 11 mata di belakang Aston Villa yang berada di tangga keempat dan lapan mata di belakang Tottenham Hotspur di tangga kelima liga. — AFP

Advertisement