Anda di sini

Taiwan mesra pelancong Muslim, mudah dapatkan makanan halal

Advertisement
Masakan berasaskan daging lembu di Restoran Halal Kaohsiung.
Masakan berasaskan daging lembu di Restoran Halal Kaohsiung.

KUCHING: Meskipun Taiwan merupakan negara majoriti penduduknya bukan Islam, namun kemudahan dan tempat makanan tumpuan pelancongnya sangat mesra kepada masyarakat Muslim.

Malahan, negara yang mempunyai satu peratus penduduknya beragama Islam, akan tetapi ia memiliki sembilan masjid, 140 hospitaliti, 230 restoran, 111 tempat yang menyediakan persekitaran yang mesra Muslim.

Bagi merasai suasana 'mesra Muslim' di negara itu, Taiwan Tourism Administration menganjurkan Lawatan Media Muslim FAM ke negara tersebut.

Seramai 10 media dan pempengaruh dari Semenanjung dan wartawan Utusan Borneo menyertai  lawatan selama enam hari itu bagi mengunjungi tempat-tempat yang dikhususkan untuk pelancong Islam di negara tersebut.

Pengalaman

Lokasi pertama di bandar Kaohsiung, para media dan pempengaruh dibawa merasai pengalaman dunia Kecerdasan Buatan (AI) di Kaohsiung i-Ride dan mengunjungi Pesta Itik Belon Gergasi.

Hidangan masakan Indonesia di Restoran Indonesia di Kaohsiung.
Hidangan masakan Indonesia di Restoran Indonesia di Kaohsiung.

Selepas itu, rombongan dibawa menjamu selera di Restoran Indonesia di Kaohsiung yang merupakan antarsa restoran yang mempunyai sijil pengiktirafan halal di negara itu.

Antara hidangan yang disediakan adalah ayam dan daging kari, ikan dan terung goreng, udang masak merah, sayur tauge, tempe dan satai yang disajikan ala-ala masakan Indonesia. 

Pada hari kedua pula, para media dan pempengaruh dibawa merasai kemudahan pengangkutan awam Transit Aliran Ringan (LRT) di laluan Yanchengpu-Sizihwan dan kemudian menaiki feri sebelum singgah di Masjid  Kaohsiung.

Para media dan pempengaruh dari Malaysia yang dibawa dalam kunjungan itu.
Para media dan pempengaruh dari Malaysia yang dibawa dalam kunjungan itu.

Untuk santapan tengah hari, rombongan dibawa ke Restoran Halal Kaohsiung yang menyajikan masakan berasaskan daging lembu.

Apa yang menarik di restoran ini, semua hidangan menggunakan daging lembu daripada yang berkuah hinggalah yang kering termasuk sayurannya.

Restoran ini juga menjadi tumpuan ramai untuk masyarakat bukan sahaja beragama Islam tetapi juga bukan beragama Islam untuk menikmati jamuan tengah hari.

Pada hari ketiga pula, para media dan pempengaruh dibawa untuk menikmati masakan halal di restoran Private Chef Kitchen yang menyajikan hidangan Turki.

Antara juadah masakah Turki di Restoran Private Chef Kitchen.
Antara juadah masakah Turki di Restoran Private Chef Kitchen.

Di sini rombongan dapat merasai keunikan dan kelazatan masakan Turki yang disediakan oleh tukang masak berpengalaman.

Dari hidangan pembuka mulut hinggalah pencuci mulut, sememangnya sesuatu yang baharu dirasai dengan penuh nikmat.

Masakan Indonesia di Restoran Mama Mia Resto.
Masakan Indonesia di Restoran Mama Mia Resto.

Pada sebelah malam pula, rombongan sekali lagi dibawa untuk menikmati masakan Indonesia di Restoran Mama Mia Resto, juga mempunyai pensijilan halal dari negara tersebut.

Pada hari keempat, rombongan media Malaysia berangkat ke Taipei menggunakan perkhidmatan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Taiwan (THSR) dan inilah pengalaman pertama penulis menaiki kereta api berkelajuan tinggi itu. 

Antara juadah masakah Turki di Restoran Private Chef Kitchen.
Antara juadah masakah Turki di Restoran Private Chef Kitchen.

 Menariknya, pengguna THSR ini boleh menikmati penjimatan yang ditawarkan iaitu dua orang penumpang untuk harga seorang bagi penumpang antarabangsa.

Tempoh harga istimewa itu ditawarkan sehingga 31 Mei 2024.

Hidangan piza di Restoran Gusto Pizza mempunyai rasa tersendiri.
Hidangan piza di Restoran Gusto Pizza mempunyai rasa tersendiri.

Selepas tiba di Taipei, rombongan dibawa untuk menikmati jamuan tengah hari di Restoran Halal Beef Noodle House dan kemudian singgah di kedai Pineapple Cake DIY Activity juga mempunyai persijilan halal.

Sebelah malam pula, para media dan pempengaruh Malaysia dibawa untuk menikmati makanan piza di Restoran Gusto Pizza sebelum dibawa menikmati suasana malam di Pasar Malam Raohe.

Masakan Indonesia di Restoran Mama Mia Resto.
Masakan Indonesia di Restoran Mama Mia Resto.

Keesokan hari pula, rombongan media Malaysia dibawa untuk melihat keindahan alam semula jadi di Taman Negara Yangmingshan dan yang menariknya adalah Jam Bunga dan Musim Sakura di situ.

Selepas puas menikmati keindahan alam, rombongan dibawa ke Kunming Islamic Restaurant dan kemudian menerokai 'Yuanshan West Secret Road Guided Tour'.

Masakan Indonesia di Restoran Mama Mia Resto.
Masakan Indonesia di Restoran Mama Mia Resto.

Pada hari terakhir di negara itu, media Malaysia dibawa merakam gambar kenangan di bangunan tertinggi Taipei 101 dan kemudian menjamu selera masakan India di Masala Art sebelum berangkat pulang ke tanah air melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Taiwan.

Kunming Islamic Restaurant antara lokasi popular pelancong muslim untuk singgah makan.
Kunming Islamic Restaurant antara lokasi popular pelancong muslim untuk singgah makan.

Kesimpulan

Bagi pelancong Muslim, salah satu perkara penting yang dititikberatkan sewaktu melancong ke luar negara adalah kemudahan untuk mendapatkan makanan halal.

Peluang untuk mengembara ke Taiwan bagi menerokai sendiri keindahan dan keunikan pulau ini dan semestinya, merasai variasi makanan halal mereka.

Kunjungan selama lima hari ke negara itu satu pengalaman yang amat berharga untuk dikongsikan kepada rakyat Malaysia.

Justeru, Taiwan memiliki banyak tawaran makanan halal atau 'Muslim friendly' untuk pengunjungnya.

Masala Art juga mempunyai sijil halal.
Masala Art juga mempunyai sijil halal.
  • oleh
  • Advertisement