Anda di sini

Liverpool diselubungi kecederaan pemain

Advertisement
Pemain tengah Liverpool, Ryan Gravenberch diusung keluar padang selepas mengamali kecederaan pada perlawanan final Piala Inggeris menentang Chelsea di Stadium Wembley pada 25 Februari lalu. — Gambar AFP
Pemain tengah Liverpool, Ryan Gravenberch diusung keluar padang selepas mengamali kecederaan pada perlawanan final Piala Inggeris menentang Chelsea di Stadium Wembley pada 25 Februari lalu. — Gambar AFP

LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mendakwa pasukannya memerlukan ‘keajaiban’ untuk menurunkan pemain yang cedera pada masa yang tepat dalam usaha mengembalikan harapan memburu empat kejuaraan musim ini.

Liverpool bagaimanapun mengenepikan krisis kecederaan apabila memenangi Piala Liga Inggeris dengan menewaskan Chelsea 1-0 di final minggu lepas.

Namun pemain tengah Liverpool, Ryan Gravenberch menambah krisis kecederaan di kelab apabila dia terpaksa diusung keluar dari padang dalam separuh masa pertama kerana kecederaan.

Gravenberch dijangka tidak dapat beraksi untuk sekurang-kurangnya dua perlawanan, bermula dengan perlawanan lewat pusingan kelima Piala FA Inggeris menentang Southampton di Anfield.

Wataru Endo juga diragui dapat diturunkan menentang Southampton selepas menamatkan perlawanan menentang Chelsea dengan memakai tongkat topang dan kasut perlindungan khas di kakinya.

Ia menyebabkan Klopp tanpa 13 pemain skuad utama, termasuk Mohamed Salah, Darwin Nunez dan Dominik Szoboszlai, ketika Liverpool cuba menambah kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Piala FA Inggeris dan Liga Europa selepas memenangi Piala Liga Inggeris.

“Kami memerlukan keajaiban dengan beberapa pemain. Saya tidak mahu berkata mereka tidak dapat beraksi untuk tempoh terlalu lama,” kata Klopp ketika memberitahu wartawan pada Selasa.

“Tetapi ia lebih kepada menunggu masa untuk ramai pemain yang tidak diturunkan di final: Darwin, Mo (Salah), Dom (Szoboszlai) – kami harus melihat perkembangan mereka (pada Selasa).

“Dalam dunia ideal, anda fikir tentang perkara seperti ini tetapi kami jelas tidak berada dalam dunia ideal, jadi kami akan lihat bila kembali dan menjalani pemeriksaan.”

Klopp dijangka akan bergantung kepada beberapa pemain muda yang mencuri perhatian di Wembley, seperti dua pemain berusia 19 tahun, Bobby Clerk dan James McConnell, yang dijangka diturunkan dalam kesebelasan utama menentang Southampton.

Liverpool sudah membuat persediaan menarik untuk perarakan pada akhir musim, tidak kira sama ada mereka memenangi lebih banyak trofi atau tidak.

Liverpool mahu meraikan pengakhiran tempoh sembilan tahun Klopp sebagai pengurus selepas jurulatih dari Jerman itu membuat pengumuman mengejut di mana dia akan melepaskan jawatannya pada akhir musim ini.

“Ia adalah salah satu bahagian yang tidak menarik yang boleh kita lihat sebagai sambutan selamat jalan kepada saya,” kata Klopp. — AFP
 

Advertisement