Anda di sini

Bayern Munich lantik Eberl jadi pengarah teknikal kelab

Advertisement
Presiden Bayern, Herbert Hainer (kiri) berbual dengan Eberl semasa sidang media di Bayern Munich. — Gambar AFP
Presiden Bayern, Herbert Hainer (kiri) berbual dengan Eberl semasa sidang media di Bayern Munich. — Gambar AFP

MUNICH: Kelab juara Bundesliga Jerman, Bayern Munich, melantik Max Eberl sebagai pengarah teknikal kelab baharu, beberapa bulan selepas dipecat sebagai pengarah urusan kelab RB Leipzig.

Eberl, yang juga bekas pemain Bayern, menyertai kelab dengan kontrak sehingga Jun 2027 dan akan memulakan tugas pada 1 Mac, menurut kelab pada Selasa.

Pengarah berusia 50 tahun itu pernah menjadi pengarah teknikal di kelab Borussia Monchengladbach selama 15 tahun sebelum menyertai Leipzig pada 2022. 

Leipzig memecatnya pada bulan September selepas laporan mengaitkannya dengan satu perpindahan ke Bayern.

“Bukan sahaja dia sudah mempunyai pengalaman berdekad-dekad dalam pengurusan bola sepak, dia juga memulakan karier bermain di FC Bayern dan menjadi pemain profesional di sini,” kata Herbert Hainer, pengerusi lembaga pemantauan Bayern, dalam satu kenyataan.

“Kami yakin dia akan berjaya membentuk masa depan di kelab.”

Eberl berkata dia mengambil dekatan tugasnya dengan “penuh rasa hormat dan rendah diri.”

“Saya menghabiskan sepanjang zaman kanak-kanak dan remaja di FC Bayern dan di kota Munich, jadi ia sesuatu yang istimewa bagi saya untuk sekarang kembali dengan satu tugas baharu di kelab di mana semuanya bermula,” tambahnya.

Bayern, yang ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu liga, Bayer Leverkusen, beraksi menentang Freiburg dalam aksi liga di gelanggang lawan Jumaat ini. — AFP
 

Advertisement