Anda di sini

Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah antara artis warnai Loop Music Festival

Advertisement
Gambar Facebook
Gambar Facebook

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah antara dua artis ternama yang akan menggegarkan pentas Loop Music Festival pada 11 Mei ini. 

Penerbitnya Rosix Omar berkata dua nama besar itu merupakan antara 15 penyanyi popular baharu dan lama daripada pelbagai genre seperti pop, balada, R&B dan irama Malaysia yang bakal menjayakan acara itu.

Penyanyi lain ialah XPDC, Masdo, Amelina, Insomniacks, Noraniza Idris, Ronnie Hussein dan Nadeera Zaini, Aisha Retno, Usop, Sufian Suhaimi, Lucidradi, Disko Santan dan Arish Mikael.

“Artis ini bukan sahaja mewakili era dan genre masing-masing, malah mendominasi carta muzik tempatan dan mempunyai pengaruh kuat, serta memberi impak kepada industri muzik,” katanya pada sidang media hari ini. 

Menurut Rosix penganjuran festival muzik seumpama itu kini menjadi trend yang semakin berkembang dan diminati. 

Penganjuran acara itu juga, katanya dijangka menjadi titik tumpuan peminat muzik yang ingin menghayati nostalgia dan inovasi dalam satu pentas. 

Rosix berkata acara bermula 2 petang hingga 11.30 malam itu dijangka mengumpulkan lebih 11,000 peminat muzik tempatan di Axiata Arena, Bukit Jalil dan tiket boleh didapati menerusi ticket2u.com bermula pada harga RM168 hingga RM478. - BERNAMA 

Advertisement