Anda di sini

Lelaki maut, motosikal terbabas ke parit

Advertisement
MAUT: Orang awam membantu mengeluarkan mangsa dan motosikalnya dari parit di lokasi kemalangan terbabit. Gambar ihsan IPD Penampang

PENAMPANG: Seorang lelaki maut selepas motosikal mangsa terbabas sendiri dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Penampang Superintendan Sammy Newton berkata, kemalangan terbabit berlaku di jalan berdekatan Kampung Tunon di sini.

Katanya, siasatan awal polis mendapati, sebelum kejadian mangsa datang dari arah Jalan Tambunan menuju ke Pekan Donggongon di sini.

Menurutnya, mangsa disyaki gagal mengawal motosikalnya sebelum terbabas sendiri ke kiri bahu jalan sehingga masuk ke dalam parit.

"Akibatnya,  mangsa yang berumur 40 tahun mengalami kecederaan di bahagian kepala dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu untuk mendapatkan rawatan.

"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 9.25 pagi semalam oleh pegawai perubatan dari Jabatan Kecemasan HQE.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Saksi kejadian diminta tampil memberi maklumat untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Dalam pada itu, pihaknya menasihatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati ketika memandu di jalan raya dan meminta agar tidak menularkan sebarang imej atau klip video tempat kejadian di rangkaian media sosial bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.
 

  • oleh
  • Advertisement