Anda di sini

Wanita tampar wanita lain didenda RM900 

Advertisement
 

KUCHING: Seorang wanita berusia 23 tahun didenda RM900 atau penjara sebulan di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kecederaan kepada wanita lain dengan menamparnya.

Fiffy Fearalissa Mohamad Shukri membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan selepas dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau kedua-duanya.

Fiffy melakukan kesalahan itu di Chonglin Plaza, Green Road di sini kira-kira jam 10.30 malam pada 17 Februari 2024.

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang berusia 24 tahun didatangi Fiffy yang kemudian memukulnya sehingga mengakibatkan kecederaan di bahagian dahi, tangan kiri dan telinga kiri mangsa.

Mangsa membuat laporan polis yang membawa kepada penahanan Fiffy pada 18 Februari 2024.

Siasatan mendapati sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara Fiffy dan mangsa yang akhirnya membawa kepada serangan terhadapnya.

Difahamkan, Fiffy menuduh mangsa mempunyai hubungan sulit dengan suaminya, namun mangsa menafikan tuduhan itu.

Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang mendakwa kes itu manakala Fiffy tidak diwakili peguam.

Advertisement