Anda di sini

Skuad PSKPP Sarawak sasar mara ke separuh akhir pertandingan bola sepak di Sabah

Advertisement
Pasukan PSKPP bergambar selepas selesai menjalani latihan intensif sejak 16 Februari lalu bagi menghadapi MSKPPM pada 27 Februari ini.
Pasukan PSKPP Sarawak bergambar selepas selesai menjalani latihan intensif sejak 16 Februari lalu bagi menghadapi MSKPPM pada 27 Februari ini.

MIRI: Skuad Pesta Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Sarawak (PSKPP) mensasarkan peluang ke separuh akhir Pertandingan Bola Sepak Majlis Sukan dan Kebudayaan Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (MSKPPM).

Jurucakap pasukan Mohd Azra Ayub berkata pasukan itu sudah menjalani latihan bagi menghadapi pertandingan yang akan berlangsung di Sabah pada 27 Februari ini sehingga 3 Mac depan.

"Skuad PSKPP Sarawak telah memulakan latihan pusat sejak 16 Februari lepas. 

"Menariknya, ada pemain terpaksa mengorbankan cuti sekolah demi memastikan persiapan pasukan berada ditahap optimum," katanya kepada Utusan Borneo, hari ini.

Menurutnya persediaan kali ini dilakukan dengan lebih rapi dan telah mengadakan beberapa perlawanan persahabatan, termasuk dengan skuad SUKMA Sarawak sebelum bertolak ke Sabah.

Mohd Azra berkata PSKPP Sarawak dibarisi oleh 18 org pemain dari Mukah, Kuching dan Miri serta tujuh orang pengurusan.

Pasukan PSKPP Sarawak kali ini diketuai oleh Ahad Damit dan beliau sendiri, sementara pasukan akan dibimbing oleh Ketua Jurulatih Latif Rahim Tiong dan Anuar Ahmad. 

"Sasaran awal pasukan PSKPP Sarawak kali ini ialah melepasi peringkat Kumpulan namun sekiranya berjaya, kita ingin melangkah ke peringkat separuh akhir," ujarnya.

Pasukan PSKPP Sarawak diundi bersama pasukan tuan rumah iaitu Sabah dan Melaka.

  • oleh
  • Advertisement