Anda di sini

Power Root lantik Azizulhasni sebagai Duta Jenama Oligo, sumbang RM250,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima

Advertisement
Putra Alhaj (dua kanan) menyerahkan cek untuk Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima kepada Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Azlan Abdul Aziz (kanan) pada Majlis Pelancaran Minuman Oligo serta pelantikan Azizulhasni (dua kiri) sebagai Duta Jenama Oligo. Turut serta Pengerusi Bersama Kumpulan Power Root Datuk Afifuddin Abdul Kadir (kiri).
Putra Alhaj (dua kanan) menyerahkan cek untuk Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima kepada Pengurus Besar Kumpulan Media Prima Azlan Abdul Aziz (kanan) pada Majlis Pelancaran Minuman Oligo serta pelantikan Azizulhasni (dua kiri) sebagai Duta Jenama Oligo. Turut serta Pengerusi Bersama Kumpulan Power Root Datuk Afifuddin Abdul Kadir (kiri).

Oleh Harshini Anantha Rao

KUALA LUMPUR: Power Root Berhad melantik jaguh berbasikal trek negara Datuk Azizulhasni Awang sebagai Duta Jenama Oligo untuk menggalas impian emas pertama negara pada temasya Sukan Olimpik.

Pengerusi Bersama Power Root Tengku Datuk Setia Putra Alhaj Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj berkata, Azizulhasni yang turut dikenali sebagai Pocket Rocketman, dilantik sebagai Duta Jenama Oligo atas semangat juangnya yang gigih dalam arena berbasikal trek.

“Semangatnya mencerminkan komitmen Oligo dalam menyediakan tenaga dan nutrisi kepada para pengguna.

“Selaras dengan slogan Oligo, iaitu ‘Aktifkan Potensi Anda,’ kami berhasrat melihat Pocket Rocketman memaksimumkan kekuatannya dalam pertandingan bersama Oligo yang diperkayakan dengan NutriMax,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan RM250,000 kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima di sini, baru-baru ini.

Putra Alhaj menambah, Azizulhasni merupakan seorang atlet kebangsaan yang tegar dan sentiasa bergerak ke hadapan.

“Selepas meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Rio de Janeiro pada tahun 2016, beliau terus berusaha dan berjaya meraih pingat perak di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

“Harapan kami kini ialah melihat Datuk Azizulhasni meraih pingat emas pertama untuk Malaysia tahun ini (Sukan Olimpik Paris 2024),” katanya.

Mengulas mengenai sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin Media Prima, Putra Alhaj berkata ia sebagai usaha menyediakan bantuan kewangan dan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap krisis kemanusiaan di Gaza.

Dalam bulan-bulan mendatang katanya, jenama Oligo akan terus menyokong inisiatif ini dengan menyumbangkan 50 sen untuk setiap pembelian produk Oligo dalam bentuk serbuk dan 10 sen bagi setiap pembelian produk Oligo sedia diminum.

“Melalui kerjasama ini, syarikat kami berharap dapat menyokong penduduk Gaza dan menunjukkan solidariti kami terhadap mereka,” katanya.

Berbalik kepada perkongsian antara Azizulhasni dan Oligo, Putra Alhaj berkata Power Root berharap dapat memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mencapai kecemerlangan, membangunkan kecekalan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

“Datuk Azizulhasni adalah atlet terbaik untuk memaparkan imej yang Oligo ingin sampaikan kepada masyarakat Malaysia.

“Dalam usaha mencapai kejayaan, Dato’ Azizulhasni terkenal dengan sikap tidak pernah menyerah walaupun dihadapi pelbagai cabaran yang sukar,” katanya.

Untuk rekod, media pernah melaporkan Azizulhasni terus berbasikal walaupun betisnya tertusuk serpihan kayu semasa pertandingan keirin pada Siri Piala Dunia Klasik UCI di Manchester, England pada Februari 2011. Dengan tekad tinggi, beliau berjaya menamatkan pertandingan di tempat ketiga.

Semasa Sukan Olimpik Tokyo pada tahun 2020, Azizulhasni berkata beliau tidak gentar walaupun saiz fizikalnya lebih kecil berbanding pelumba lain.

Untuk meraikan kehebatan beliau sebagai juara dunia, Oligo akan memperkenalkan rekaan baharu yang memaparkan Azizulhasni.

Produk Oligo mengandungi NutriMax, satu campuran eksklusif Oligofruktosa, vitamin B6, B12, kalsium dan mineral-mineral penting.

Rekaan baharu bungkusan Oligo akan tersedia dalam bentuk serbuk dan sedia diminum dan akan dijual di pasar raya dan kedai runcit terkemuka di seluruh negara dalam peket 30g, pek isian semula 950g, cawan segera, tin minuman 240ml dan pek Tetra 200ml yang baharu.

Pek Tetra terkini direka khas untuk mengekalkan kesegaran dan integriti makanan Oligo, sesuai untuk individu yang sentiasa aktif supaya kebaikan Oligo boleh dinikmati di mana-mana sahaja.
 

Advertisement