Anda di sini

Penganggur didakwa miliki syabu

Advertisement
 


MIRI: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan memiliki dadah berbahaya jenis syabu.
    
Irwan Dasri Jalani, 31, dari Kampung Kayu Kapor, Sibuti, didakwa mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum di bawah Seksyen 12 (3) akta yang sama.    
    
Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
    
Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh bukan sebagai seorang yang diberi kuasa di bawah ADB 1952, telah didakwa memiliki dadah berbahaya jenis syabu (Methamphetamine) seberat 0.60 gram.
    
Methamphetamine merupakan satu item yang terkandung di dalam Bahagian III Jadual Pertama ADB 1952.
    
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 1.30 petang, 19 Februari lalu di hadapan sebuah kedai runcit di pekan Bekenu.
    
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ihsan Jalalludin memohon ditetapkan satu tarikh baharu untuk sebutan lanjut kes di Mahkamah Majistret Batu Niah.
    
Hakim Azreena Aziz membenarkan permohonan itu dan menetapkan 25 Mac depan untuk sebutan lanjut kes di Mahkamah Majistret Batu Niah.
    
Sementara itu, tertuduh diperintahkan dibebas dengan jaminan tunai RM2,000 berserta seorang penjamin tempatan sementara menunggu tarikh tersebut.

  • oleh
  • Advertisement