Anda di sini

Lelaki mengaku perbuatan khianat dipenjara seminggu

Advertisement
 


MIRI: Seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara seminggu oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan melakukan perbuatan khianat.
    
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Randu Rangen setelah tertuduh, Mohd Ashlie Abdullah, 24, dari Taman Jelita Off Taman Tunku di sini mengaku bersalah atas tuduhan yang dibacakan terhadapnya mengikut Seksyen 426 Kanun Keseksaan.
    
Mengikut kesalahan ini, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
    
Menurut keterangan kes, tertuduh didapati telah melakukan perbuatan khianat yang boleh mendatangkan kemusnahan harta benda kepada Amli Abdullah, 52, dengan merosakkan lampu depan dan belakang sebelah kanan kereta milik lelaki terbabit.
    
Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 11.27 pagi, 18 Februari lalu di sebuah lot di Lorong 4, Jalan Suria Taman Jelita Off Taman Tunku di sini.
    
Pendakwaan dilakukan Inspektor Mudzilawati Abdul Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

  • oleh
  • Advertisement