Anda di sini

Wanita warga emas maut dilanggar kereta ketika melintas jalan

Advertisement
MATHEW
MATHEW

KUCHING: Seorang wanita warga emas maut selepas dilanggar sebuah kereta ketika melintas jalan di Kilometer 49 Jalan Sri Aman-Sarikei pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sri Aman DSP Mathew Manggie berkata mangsa dikenali sebagai Endayan Ngabong berusia 73 tahun.

Menurutnya, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 11.20 pagi.

"Siasatan di tempat kejadian mendapati mangsa merupakan pejalan kaki dan semasa kejadian dikatakan sedang menyeberangi jalan secara tiba-tiba dari bahu jalan ke tengah jalan.

Siasatan dijalankan di lokasi kejadian.
Siasatan dijalankan di lokasi kejadian.

"Pemandu kereta dilaporkan tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa sehingga menyebabkan kerosakan di bahagian kiri kereta," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, impak perlanggaran tersebut memyebabkan mangsa terpelanting ke atas jalan raya dan mengalami kecederaan di kepala.

"Pemandu kereta kemudian mengejarkan mangsa ke Klinik Kesihatan Skrang menggunakan keretanya.

"Bagaimanapun setibanya di Klinik Kesihatan Skrang, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di klinik tersebut," katanya.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sri Aman untuk tujuan bedah siasat.

Manakala pemandu kereta dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

  • oleh
  • Advertisement