Anda di sini

Putra Bujati, Beuty Squad juara kejohanan bola tampar 

Advertisement
Pasukan Putra Bujati.
Pasukan Putra Bujati.

BINTULU: Pasukan Putra Bujati dan Beuty Squad muncul juara masing-masing dalam kategori lelaki dan wanita Kejohanan Bola Tampar Terbuka Kampung Wawasan Jaya Siri 2 2024 di Batu 36, Lebuh Raya Pan Borneo Bintulu-Miri, baru-baru ini.

Naib johan masing-masing disandang PST Takau (lelaki) dan Putri Tunas Muda (wanita). 

Tempat ketiga pula menjadi milik Putra Nusantara (lelaki) dan Putri Tunas Payung (wanita).

Manakala tempat keempat disandang Putra Tunas Muda Sejati (lelaki) dan Srikandi FC (wanita).

Hadiah-hadiah kepada para pemenang telah disampaikan Penghulu Raini Piee dengan turut disaksi Ketua Kaum Kampung Wawasan Jaya Bisnoor Mohamad Noor serta ahli jawatankuasa penganjur.

Advertisement