Anda di sini

Pustaka Negeri Sarawak anjur Ceramah Komuniti pada 26 Februari 

Advertisement
Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan Ceramah Komuniti bertajuk Hak Perlindungan Dalam Keganasan Rumah Tangga pada 26 Februari 2024.
Pustaka Negeri Sarawak akan menganjurkan Ceramah Komuniti bertajuk Hak Perlindungan Dalam Keganasan Rumah Tangga pada 26 Februari 2024.

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak bakal menganjurkan Ceramah Komuniti bertajuk Hak Perlindungan Dalam Keganasan Rumah Tangga pada 26 Februari 2024.

Menurut kenyataan medianya hari ini, ceramah akan berlangsung dari jam 2.30 hingga 4.30 petang di Auditorium Aras 1, Pustaka Negeri Sarawak. 

Ia katanya, akan disampaikan oleh Pegawai Undang-Undang Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak Khairul Anwar Shazali. 

Menurut kenyataan tersebut, mangsa keganasan rumah tangga berdiam diri kerana tidak tahu hak-hak mereka untuk mendapatkan perlindungan. 

Jelasnya, sikap berdiam diri menyebabkan mereka berterusan menjadi mangsa dan menanggung bebanan fizikal dan emosi yang amat berat.

“Jika tidak dibendung, keganasan dalam rumah tangga yang dibiarkan boleh memuncak dan berisiko mengorbankan nyawa.

“Oleh itu, bukan sahaja mangsa, malah masyarakat umum perlu ambil tahu apakah hak-hak perlindungan untuk mangsa keganasan rumah tangga agar nasihat dan bantuan dapat dihulurkan kepada mereka yang memerlukan di sekeliling kita,” ujar kenyataan tersebut.

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada orang awam.

Advertisement