Anda di sini

Pasukan Bandar Limbang/Ranggu julang Piala Presiden PBS Sarawak 2024

Advertisement
Narawi (berdiri lima kanan) dan jawatankuasa penganjur bergambar bersama pasukan gabungan Bandar Limbang/Ranggu yang dinobat juara.
Narawi (berdiri lima kanan) dan jawatankuasa penganjur bergambar bersama pasukan gabungan Bandar Limbang/Ranggu yang dinobat juara.

LIMBANG: Pasukan gabungan dari cawangan Bandar Limbang/Ranggu membuktikan keunggulan apabila dinobat juara Pertandingan Badminton Berpasukan Piala Presiden Persatuan Bisaya Sarawak (PBS) Sarawak 2024 baru-baru ini.

Selaku juara, mereka membawa pulang piala pusingan dan piala iringan selepas menewaskan pasukan Braong/Bambangan.

Manakala pasukan PBS Cawangan Pengkalan Gurah A dan B terpaksa berpuas hati di kedudukan ketiga bersama.

Hadiah kemenangan disampaikan Timbalan Presiden PBS Narawi Aba.

Sebanyak lapan pasukan cawangan PBS mengambil bahagian dalam pertandingan yang dianjurkan Majlis Pembangunan Belia dan Sukan PBS bersama Kelab Badminton Saba' Serayo yang berlangsung meriah di Dewan St Edmund di sini.

Terdahulu Narawi berharap agar setiap cawangan PBS dapat menghantar pasukan masing-masing bagi memeriahkan lagi pertandingan ini pada masa akan datang. 

Pertandingan ini katanya, berjaya mencungkil bakat-bakat baharu dalam masyarakat Bisaya yang akan diketengahkan dalam pertandingan yang akan datang.

Advertisement