Anda di sini

JPJ teruskan operasi untuk tingkat kesedaran keselamatan jalan raya

Advertisement
Pemeriksaan dilakukan ke atas sebuah kereta semasa operasi tersebut.
Pemeriksaan dilakukan ke atas sebuah kereta semasa operasi tersebut.

KUCHING: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak meneruskan operasi untuk meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya di negeri ini.

Dalam kenyataan medianya, Unit Operasi JPJ Kuching melakukan operasi di sekitar Kuching dan Samarahan dengan memberi fokus kepada pelbagai jenis kesalahan terhadap pengguna jalan raya.

Menurutnya, beberapa kesalahan telah dikesan termasuk pengubahsuaian terhadap kenderaan dan lesen kenderaan motor telah tamat tempoh.

"Penguatkuasaan ini bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya, memastikan pematuhan undang-undang lalu lintas dan mengurangkan kemalangan jalan raya.

"Operasi ini melibatkan peningkatan penguatkuasaan trafik, pemeriksaan kenderaan dan kempen kesedaran awam bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan keselamatan dan memandu dengan berhemah," katanya.

Untuk sebarang aduan boleh disalurkan terus melalui aplikasi e-aduan @ JPJ atau http://jpj.spad.gov.my berserta butiran pengadu dan aduan.

Advertisement