Anda di sini

Bintulu sasar kejuaraan Kejohanan Petanque MAKSAK Sarawak Games 2024 

Advertisement
Harun (tengah) bersama Ismawi (kanan) dan ahli jawatankuasa MAKSAK Bintulu menunjukkan jersi yang akan digunakan pasukan MAKSAK Bintulu pada kejohanan petanque tersebut.
Harun (tengah) bersama Ismawi (kanan) dan ahli jawatankuasa MAKSAK Bintulu menunjukkan jersi yang akan digunakan pasukan MAKSAK Bintulu pada kejohanan petanque tersebut.

BINTULU: Pasukan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan (MAKSAK) Sarawak Bahagian Bintulu diharap mampu melangkap ke perlawanan separuh akhir dalam Kejohanan Petanque MAKSAK Sarawak Games 2024 pada 23, 24 dan 25 Februari ini di Arena Petanque Jepak di sini.

Setiausaha MAKSAK Bintulu Harun Hatta berkata, sasaran mereka adalah untuk meraih kejuaraan.

Begitupun katanya, berdasarkan kepada situasi yang lebih realistik mereka berharap sekurang-kurangnya pasukan MAKSAK Bintulu mampu melangkah ke semi final.

"Para pemain perlu berikan karakter terbaik, apa-apa berkaitan pengurusan serahkan kepada jurulatih," ujarnya yang hadir mewakili Pengerusi MAKSAK Bintulu merangkap Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti pada Majlis Penyerahan Bendera MAKSAK kepada pasukan MAKSAK Bintulu di pekarangan Pejabat Residen Bahagian Bintulu hari ini.

Jelasnya, pemain pasukan Bintulu perlu bersedia dari segi mental dan fizikal serta menjaga kesihatan diri sebelum bersaing dalam kejohanan ini.

"Bukan semua terpilih namun tahniah kepada kakitangan awam yang melepasi kelayakan untuk terpilih mewakili Bintulu, sekali gus ia juga adalah komitmen dan minat pemain dengan jurulatih sebagai tulang belakangnya," katanya.

Beliau berkata, pemain perlu menekankan kepada sikap baik dari segi percakapan, menjaga disiplin dan imej bahagian ini serta sebagai penjawat awam yang mewakili agensi dan jabatan masing-masing.

Harun berkata, lima sukan dipertandingkan dalam Sarawak Games, antaranya bola sepak, futsal dan beberapa sukan lain dan petanque antara sukan yang dipertandingkan dalam kejohanan antara bahagian MAKSAK ini dengan Bintulu telah terpilih sebagai tuan rumah untuk kejohanan petanque.

Katanya, kejohanan ini bakal disertai 11 bahagian di Sarawak yang menghantar satu pasukan masing-masing kecuali Bintulu yang menghantar dua pasukan membabitkan 28 pemain.

Hadir sama pada majlis itu Presiden Persatuan Sukan Boules Bahagian Bintulu Ismawi Bujang, ahli jawatankuasa MAKSAK Bintulu serta para pemain pasukan MAKSAK Bintulu.

Advertisement