Anda di sini

48 peserta jayakan derma darah Lions Sibu Loving Care

Advertisement
Ahli Kelab Lions Sibu meluangkan masa menderma darah semasa kempen di bangunan PBSM Sibu, baru-baru ini.
Ahli Kelab Lions Sibu meluangkan masa menderma darah semasa kempen di bangunan PBSM Sibu, baru-baru ini.

SIBU: Seramai 48 orang berjaya menderma darah pada kempen derma darah anjuran Kelab Lions Sibu Loving Care, baru-baru ini.

Program itu diadakan dengan kerjasama Bank Darah Hospital Sibu dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Sibu.

Seramai 65 orang tampil mendaftar dan melakukan pemeriksaan pada program yang diadakan di bangunan PBSM Sibu, Jalan Awang Ramli Amit.

Namun hanya 48 orang berjaya menderma manakala 17 orang tidak berjaya menderma atas faktor pengambilan ubat-ubatan, masalah kesihatan dan sebagainya.

Penganjuran kempen itu sebagai usaha membantu Bank Darah hospital mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan Hospital Sibu.

Kelab Lions Sibu Loving Care dalam kenyataan berterima kasih kepada orang ramai yang menderma darah dan menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan darah.

"Terima kasih kerana dengan sukarela tampil untuk menderma darah anda. Darah yang anda dermakan dapat membantu menyelamatkan nyawa," ujarnya.

Advertisement