Anda di sini

Program pembangunan bola sepak bagi kanak-kanak, remaja di Miri  

Advertisement
Kelihatan peserta Playmaker Football Academy sedang menjalani latihan di bawah kendalian Jurulatih Benedict Martin di padang KRP Lutong, Sabtu lalu.
Kelihatan peserta Playmaker Football Academy sedang menjalani latihan di bawah kendalian Jurulatih Benedict Martin di padang KRP Lutong, Sabtu lalu.

MIRI: Playmaker Football Academy telah memulakan program pembangunan bola sepak bagi kanak-kanak serta remaja yang berminat di sekitar bandaraya Miri pada hari Sabtu lalu.

Menurut pengendalinya, Jurulatih Benedict Martin berkata program pertama kali ini menyasarkan kanak-kanak dalam lingkungan usia enam hingga 17 tahun.

Jelasnya, bagi merealisalikan program ini, akademi telah menetapkan yuran pendaftaran sebanyak RM100 sahaja dan yuran bulanan pula juga sebanyak RM100 sahaja.

Tambahnya, manakala yuran bagi ahli Kelab Rekreasi Petroliam (KRP) yang ditetapkan adalah sebanyak RM80 sahaja.

"Program ini akan dijalankan pada setiap minggu di Padang KRP Lutong dan sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

"Diharap agar program sebegini akan terus mendapat sambutan daripada semua ibu bapa yang minat untuk membuktikan kebolehan anak masing-masing dalam bidang bola sepak," katanya. 

Justeru, beliau berharap agar ada pihak-pihak tertentu akan tampil untuk membantu bagi menjayakan program pembangunan akar umbi sukan bola sepak ini.

Untuk pertanyaan lanjut, mereka yang berminat boleh menghubungi Benedict Martin (017-232 9009) atau Valen (6012-878 1302).
 

  • oleh
  • Advertisement