Anda di sini

26 mangsa banjir dipindahkan ke PPS

Advertisement
 Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke PPS.
OPERASI: Pasukan bomba menjalankan operasi memindahkan mangsa banjir ke PPS.

KUNAK : Seramai 26 penduduk daripada lima keluarga dari Kampung Airport Kunak yang terjejas banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS), di sini awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kunak Mohamad Omarbatha berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 3.20 pagi.

Katanya, seramai enam anggota dan pegawai bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

“Sebaik tiba, terdapat lima buah rumah sudah dinaiki air dan kerja-kerja pemindahan segera dilakukan dengan bantuan bot agensi lain serta orang kampung.

“Terdapat 26 orang mangsa termasuk tujuh kanak-kanak dan seorang bayi dipindahkan ke pusat pemindahan sementara Kampung Airport Kunak,” katanya dalam kenyataan media, di sini hari ini.

Menurutnya, semua mangsa terbabit selamat dipindahkan dan tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

“Pasukan bomba masih menjalankan pemantauan di lokasi kejadian dan operasi pemindahan ditamatkan pada jam 6.55 pagi,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement