Anda di sini

Rakyat Indonesia keluar mengundi

Advertisement
 Pak Anies dan keluarga berfoto untuk wartawan selepas mengundi.
UNTUK WARTAWAN: Pak Anies dan keluarga berfoto untuk wartawan selepas mengundi.
 Wartawan media tempatan dan luar negara yang membuat liputan di Lebak Bulus.
LIPUTAN: Wartawan media tempatan dan luar negara yang membuat liputan di Lebak Bulus.

JAKARTA: Rakyat Indonesia keluar mengundi sempena Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 di lebih 800,000 pusat mengundi yang dibuka di seluruh negara pada Rabu bagi memilih presiden dan naib presiden serta anggota legislatif baharu.

Presiden Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi serta isteri Iriana, mengundi di Gambir, Jakarta Pusat, adalah antara kira-kira 204.8 juta pengundi yang layak mengambil bahagian dalam proses demokrasi di republik berkenaan.

Jokowi yang ditemui media selepas mengundi berharap Pemilu menjadi pesta demokrasi rakyat yang membolehkan mereka memilih calon dan parti dengan senang hati, bebas dan adil.

"Kita tunggu bersama-sama," katanya mengenai pilihan rakyat Indonesia.

Pusat mengundi dibuka pada 7 pagi waktu tempatan dan dijadualkan ditutup pada  1 tengah hari.

Sementara itu, calon-calon presiden dan naib presiden hadir di pusat mengundi berhampiran kediaman masing-masing untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi.

Anis Baswedan, 54, dan calon naib presiden Muhaimin Iskandar, 57, masing-masing mengundi di Lebak Bulus dan Bangka, Jakarta Selatan, ketika cuaca mendung serta hujan rintik dilaporkan di awal pagi.

Sebaik selesai mengundi, Anies berkata beliau berharap Pemilu itu berlangsung lancar sehingga pengiraan selesai serta merakamkan penghargaan kepada petugas yang bekerja keras.

Prabowo Subianto, 78, pula menunaikan hak mengundi di Bogor, Jawa Barat dan regunya yang juga anak sulung Jokowi, Gibran Rakabuming Raka, 36, di Solo, Jawa Tengah.

Ganjar Pranowo, 55, mengundi di Semarang, Jawa Tengah manakala pasangannya, Mahfud MD, di Sleman, Yogyakarta.-- Bernama.

Advertisement