Anda di sini

Lebih 300 penduduk Kiulu bakal nikmati perkhidmatan perubatan percuma

Advertisement
 Lydiarita dan rombongan semasa memberi taklimat berkenaan program kepada Joniston.
TAKLIMAT: Lydiarita dan rombongan semasa memberi taklimat berkenaan program kepada Joniston.

KOTA KINABALU: Lebih 300 penduduk kampung di kawasan Kiulu bakal menikmati perkhidmatan perubatan percuma menerusi Program Kem Perubatan yang diadakan di Kampung Tudan, pada 25 Februari depan.

Pengarah Hospital Tuaran Dr Lydiarita M. Marajin berkata, program anjuran Hospital Tuaran dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM) Tuaran dan Pusat Khidmat Adun Kiulu ini bertujuan untuk meningkatkan akses penjagaan kesihatan kepada komuniti luar bandar. 

“Sepanjang program berlangsung, kita akan menyediakam perkhidmatan perubatan yang komprehensif, termasuk pemeriksaan perubatan am, pemeriksaan mata, dan pemeriksaan pergigian,” katanya semasa memberikan taklimat kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu Datuk Joniston Bangkuai mengenai program itu.

Sementara itu, Joniston menyokong penuh program itu sambil menekankan peranan kem perubatan dalam menyampaikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang sangat diperlukan kepada penduduk kampung luar bandar.

Beliau berkata, program itu tidak terhad kepada Kampung Tudan sahaja tetapi akan memberi manfaat kepada kampung berdekatan seperti Poring, Sungoi, Romokon dan Baraba.

Seramai 100 pengamal perubatan mahir, termasuk doktor, doktor gigi, dan optometris, bersama sukarelawan daripada pertubuhan bukan kerajaan, menyertai program perubatan ini. 

Kem perubatan terakhir yang diadakan di Kampung Tudan adalah sebelum pandemik COVID-19.

Joniston berharap agar lebih banyak kem perubatan dianjurkan di kampung terpencil di Kiulu seperti Wasai dan Gonipis.

  • oleh
  • Advertisement