Anda di sini

Jeffrey adakan walkabout sempena Tahun Baharu Cina

Advertisement
 Jeffrey ditemani Cecilia mengunjungi Premis Perniagaan Anthony Hardware Machinery Trading sempena program itu bagi mengagihkan buah limau dan kalender 2024.
WALKABOUT: Jeffrey ditemani Cecilia mengunjungi Premis Perniagaan Anthony Hardware Machinery Trading sempena program itu bagi mengagihkan buah limau dan kalender 2024.

KENINGAU: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan mengadakan program 'Walkabout' sempena Tahun Baharu Cina (CNY) di Pekan Keningau baru-baru ini.


Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau turut disertai Pembantu Menteri Kerja Raya, Datuk Robert Tawik dan Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng.


Program tahunan itu diadakan bagi bertemu dengan masyarakat setempat di sekitar pekan selain mengunjungi premis-premis perniagaan termasuk pasar umum untuk mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Cina kepada mereka yang merayakannya.


Masyarakat yang ditemui turut mengambil peluang berinteraksi dengan wakil rakyat selain mengabadikan gambar kenangan bersama sebagai tanda keakraban.


Turut menyertai program walkabout itu, isteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Datin Seri Cecilia Edwin Kitingan dan Ketua Masyarakat Cina (KMC) Keningau, Kapitan Anthony Chong Kong Ming.

  • oleh
  • Advertisement