Anda di sini

AirAsia lancar laluan baharu Kota Kinabalu-Shanghai 20 Februari depan

Advertisement
CHRISTINA
CHRISTINA

KOTA KINABALU: AirAsia akan melancarkan laluan baharu Kota Kinabalu-Shanghai pada 20 Februari depan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, laluan baharu itu akan menjadi penerbangan antarabangsa ke-11 bagi syarikat penerbangan itu ke Sabah.

"Kami mengalu-alukan penerbangan sulung AirAsia dari Shanghai ke Kota Kinabalu pada 21 Februari depan. 

“Ini menunjukkan permulaan awal dalam Tahun Naga yang bertuah dalam Kalendar Lunar Cina," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tiga penerbangan mingguan tersedia dari Kota Kinabalu ke Shanghai masing-masing pada Selasa, Khamis dan Sabtu manakala tiga penerbangan mingguan turut tersedia dari Shanghai ke Kota Kinabalu iaitu Rabu, Jumaat dan Ahad.

Christina berkata, 10 penerbangan antarabangsa AirAsia ke Sabah adalah masing-masing dari Singapura, Manila, Taipei, Hong Kong, Guangzhou, Shenzhen, Wuhan, Beijing, Hangzhou dan Jakarta.

"Saya difahamkan ini adalah jadual kekerapan penerbangan harian dari Beijing ke Kota Kinabalu yang dilancarkan pada Julai tahun lalu untuk bulan ini.

“Penerbangan ini akan bertukar kembali kepada empat penerbangan mingguan pada Mac depan," katanya.

Berdasarkan statistik Bahagian Penyelidikan Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Christina memaklumkan bahawa ketibaan pelancong dari China meningkat sebanyak 1117.5 peratus daripada 6,463 dalam tempoh Januari hingga Disember 2022 kepada 78,690 bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lalu.

  • oleh
  • Advertisement