Anda di sini

Produk jualan Hari Kekasih dijangka terus dapat sambutan

Advertisement
Gracie dan Krishan menunjukkan produk-produk yang dijual sempena Hari Kekasih. - Gambar Roystein Emmor
Gracie (kanan) dan Krishna menunjukkan produk-produk yang dijual sempena Hari Kekasih. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Di tengah sambutan Tahun Baharu Cina, peniaga pelbagai produk untuk meraikan Hari Kekasih mengharapkan peningkatan jualan, ketika penganut Kristian menyambut hari pertama pra-paskah pada 14 Februari ini.

Dalam tinjauan di Premier 101, Jalan Tun Jugah di Kuching pada Isnin, kelihatan beberapa peniaga telah menjual bunga dan hadiah lain sempena Hari Kekasih.

Dua pembantu jualan, Gracie Cielo dan Krishna Charles, kelihatan menyusun jambangan bunga segar sebelum membuka gerai.

Ketika ditanya mengenai sasaran jualan di tengah sambutan Tahun Baharu Cina, dengan Hari Kekasih berkongsi tarikh sama dengan Rabu Abu yang sambut oleh umat Kristian, Krisha berkata beliau yakin dengan hasil jualan yang baik pada tahun ini.

"Jualan akan meningkat kerana orang akan membeli bunga-bunga ini untuk insan istimewa, jadi mereka tidak akan berkira demi orang tersayang.

"Tambahan pula, masyarakat di sekitar kawasan ini juga menggemari bunga segar," kata Krishna.

Sependapat dengan Krishna, Grace turut optimis meskipun menanggung perbelanjaan semasa Tahun Baharu Cina, dan dalam menyambut Rabu Abu, pasangan kekasih akan tetap membeli hadiah sebagai tanda ingatan Hari Kekasih.

"Saya rasa orang akan tetap membeli (produk Hari Kekasih) kerana Hari Kekasih hanya sekali setahun.

"Pada masa sama, ia juga Rabu Abu, jadi kenapa tidak membeli bunga atau patung untuk orang tersayang," kata Grace.

Seorang lagi peniaga di kawasan itu, Jeff Chong turut menaruh harapan agar keadaan cuaca tidak menjejaskan jualannya tahun ini.

"Saya tidak pasti bagaimana hasil jualan tahun ini, namun saya berharap ia berjalan dengan baik memandangkan keadaan cuaca yang kerap hujan di Kuching sejak kebelakangan ini," katanya. 

Pada 11 Februari, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan di Kuching, Serian dan Samarahan sehingga 13 Februari.

Turut berniaga di kawasan itu, Andy Wee, yang baharu mendirikan gerainya, berharap keadaan cuaca akan menyebelahi mereka kali ini.

Wee juga dengan bangganya mempamerkan produk yang menyerlah — sejambak bunga ditambah dengan sejumlah wang — yang boleh didapati pada harga menarik iaitu RM988.

Sementara itu di Saradise, pembantu jualan Frank Kelimbang berkata beliau yakin sambutan Tahun Baharu Cina dan Rabu Ahad tidak akan menjejaskan jualan Hari Kekasih.

"Kita telah beroperasi di sini sejak dua tahun lalu pada Hari Kekasih, kadar jualan lebih kurang sama (dengan tahun-tahun sebelumnya).

"Satu-satunya perkara yang membimbangkan saya adalah hujan, kerana ia mungkin menjejaskan perniagaan," kata Frank.

Hari Kekasih, berakar umbi dalam tradisi Rom dan Kristian, telah berkembang menjadi perayaan moden yang didedikasikan untuk menyatakan cinta dan kasih sayang, ditandai dengan pertukaran hadiah romantis pada 14 Februari.

Tahun ini, Hari Kekasih berkongsi tarikh dengan Rabu Abu yang disambut penganut Kristian, selain di tengah sambutan Tahun Baharu Cina.

  • oleh
  • Advertisement