Anda di sini

Paip bocor perlu diperbaiki segera

Advertisement
 Ricky ketika meninjau di lokasi kebocoran paip.
TINJAU: Ricky ketika meninjau di lokasi kebocoran paip.

SANDAKAN: Penduduk memohon kepada pihak berwajib agar segera membaiki paip yang bocor di perkampungan sekitar Jalan Pei Ying di sini.

Pemaju Mukim Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Karamunting Ricky Voon berkata, lokasi kejadian adalah terletak di jalan selepas Sekolah Kebangsaan Pei Ying.

"Kebocoran paip air bawah tanah ini satu pembaziran dan perlu dibaiki segera," katanya dalam kenyataan di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Ricky juga memohon pihak berkaitan untuk membaiki permukaan jalan yang runtuh dan pecah di hadapan kedai Yapp Syn Kee, Jalan Cecily.

 Jalan yang mendap perlu dibaiki segera.
ROSAK: Jalan yang mendap perlu dibaiki segera.

Katanya, keadaan jalan berkenaan berbahaya kepada pengguna jalan raya.

"Aduan mengenai perkara itu sudah disampaikan kepada pihak berwajib untuk tindakan susulan," katanya.
 

  • oleh
  • Advertisement