Anda di sini

MoU PERKESO dan Sekretariat SMJ dimeterai bagi Program Menoktahkan Miskin Tegar di Sabah

Advertisement
 Rosmadi (dua kiri) bersama Mohammed Azman selepas majlis Menandatangi MoU berkenaan.
MOU: Rosmadi (dua kiri) bersama Mohammed Azman selepas majlis menandatangani MoU berkenaan.

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri terus komited dalam usaha menoktahkan miskin tegar di Sabah menjelang tahun 2024. 

Ke arah usaha itu, kerajaan negeri melalui Sekretariat Sabah Maju Jaya, Jabatan Ketua Menteri telah dipertanggungjawabkan bagi menerajui dan menyelaras inisiatif serta program menoktahkan miskin tegar di negeri ini.

Selaras dengan itu, Sekretariat Sabah Maju Jaya (Sekretariat SMJ) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah mengadakan Majlis Menandatangi Memorandum of Understanding (MoU) bagi Program Social Synergy bertempat di Pejabat Sekretariat Sabah Maju Jaya, Tingkat 15, Menara Kinabalu.

MoU ini telah ditandatangani pada 13 Februari 2024, perjanjian ini merupakan kerjasama dalam memperkukuhkan Program Menoktahkan Miskin Tegar di Sabah.

Selain itu, sebagai penetapan landasan bagi kerjasama jangka masa panjang kepada program-program menoktahkan miskin tegar di negeri ini yang akan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dan juga kepada golongan sasar 
program ini. 

MoU ini akan menyaksikan kerjasama dalam Pelaksanaan Program Social Synergy Secara Individu dan Berkelompok bagi Program Menoktahkan Kemiskinan Tegar Di Negeri Sabah, Jalinan Kerjasama Strategik Bersama Agensi-Agensi Pemberi Bantuan Di Negeri Ini, Perkongsian Kepakaran Teknologi Maklumat, Program Kesedaran Perlindungan Keselamatan Sosial, Program Intervensi Pasaran Kerja dan Perkongsian Data.

Justeru itu, kerjasama ini akan memperlihatkan komitmen kedua-dua pihak dalam memperkukuhkan Program Menoktahkan Miskin Tegar di Negeri Sabah dengan jalinan kepakaran dan sumber teknologi selari dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0: 2021-2025, iaitu Teras M: Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat dan Pemboleh Daya 3: Keberkesanan dan Kecekapan Penyampaian. 

MoU ini telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat Sabah Maju Jaya Datuk Rosmadi Sulai mewakili kerajaan negeri dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Dato’ Sri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.

MoU ini juga telah disaksikan oleh Ketua Pegawai Operasi Sekretariat Sabah Maju Jaya Ramlee Kariah dan Pengarah PERKESO Sabah Dr. Mohd Ali Hindia.
 

  • oleh
  • Advertisement