Anda di sini

KPJ Sabah meraikan tiga kelahiran bayi sempena Tahun Baharu Cina 2024

Advertisement
 Pengarah Perubatan, Hospital Pakar KPJ Sabah dan merupakan Perunding Residen Obstetrik & Pakar Sakit Puan serta Pengarah Perubatan, Dr Lim Keok Tang (dua kiri) merakamkan gambar kenangan bersama Nurina, Vivian, Pang bersama suami masing-masing serta jururawat dari Unit Bersalin Hospital Pakar KPJ Sabah.
ALBUM: Pengarah Perubatan, Hospital Pakar KPJ Sabah dan merupakan Perunding Residen Obstetrik & Pakar Sakit Puan serta Pengarah Perubatan, Dr Lim Keok Tang (dua kiri) merakamkan gambar kenangan bersama Nurina, Vivian, Pang bersama suami masing-masing serta jururawat dari Unit Bersalin Hospital Pakar KPJ Sabah.

KOTA KINABALU: Hospital Pakar KPJ Sabah meraikan Tahun Baharu Cina 2024 dengan kelahiran tiga orang bayi pada 10 dan 11 Februari 2024.

Di Hospital Pakar KPJ Sabah, kelahiran bayi Tahun Baharu Cina 2024 telah menyemarakkan suasana kegembiraan kepada ibu bapa ketiga-tiga bayi itu.

Kesemua bayi berkenaan adalah lelaki. Ia menandakan satu episod penting kerana ketiga-tiga bayi dilahirkan ketika seluruh masyarakat Tionghua di seluruh negara menyambut Tahun Naga pada Tahun Baharu Cina 2024,  yang dipercayai membawa symbol kekuatan, kehormatan, kejayaan dan kekayaan.

Pengurusan Hospital Pakar KPJ Sabah mengucapkan tahniah kepada ketiga-tiga ibu bapa bayi berkenaan dan menyampaikan hadiah kepada mereka. 

Hospital Pakar KPJ Sabah akan menyampaikan hamper dan hadiah kepada bayi yang dilahirkan sempena musim perayaan di negeri ini.  

Bayi pertama dilahirkan pada hari pertama Tahun Baharu Cina pada 10 Februari 2024. Bayi lelaki kepada Nurina Yusof dilahirkan pada jam 8.44 pagi seberat 3.230kg. 

Bayi kedua, dilahirkan pada hari yang sama pada 9.22 pagi. Bayi lelaki Vivian Tan Hui Eng seberat 3.905kg. 

Manakala, bayi ketiga dilahirkan pada Tahun Baharu Cina yang kedua iaitu 11 Februari. 

Pang Sook Ying dan suaminya menyambut kelahiran bayi lelaki mereka pada jam 8 pagi. Bayi lelaki itu seberat 3.01kg. 
 

  • oleh
  • Advertisement