Anda di sini

Hibiscus Petroleum sumbang barangan persediaan banjir di Beaufort

Advertisement
 Edmund (dua kanan) menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Mohd Nazri (tiga kiri). Turut kelihatan wakil Hibiscus Petroleum Datuk Eddie Abdullah (tiga kanan).
SUMBANGAN: Edmund (dua kanan) menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Mohd Nazri (tiga kiri). Turut kelihatan wakil Hibiscus Petroleum Datuk Eddie Abdullah (tiga kanan).

KOTA KINABALU: Hibiscus Petroleum menerusi Tabung Wakalah Hibiscus Petroleum baru-baru ini menyampaikan sumbangan berupa barangan keperluan harian bernilai lebih RM20,000 kepada penduduk yang sering terjejas banjir di daerah Beaufort.

Ketua Operasi Hibiscus Petroleum Sabah Edmund Ang berkata, sumbangan berkenaan adalah peluang untuk membantu memastikan stok barangan keperluan mencukupi.

Katanya, turut disumbangkan tilam, selimut, bantal, tuala dan juga lampin orang dewasa yang diagihkan kepada Pusat Bantuan Banjir Daerah Beaufort di Selagon Beaufort.

Pihaknya berharap sumbangan itu dapat meningkatkan sokongan pusat itu terhadap mangsa banjir.

Menurutnya, daerah Beaufort antara daerah paling kerap dilanda banjir di Sabah terutama pada musim tengkujuh kerana terletak di hilir Sungai Padas.

Sehubungan itu, beliau melihat mangsa banjir akan terjejas mata pencarian terutama dalam kalangan keluarga B40.

Sementara itu, Pegawai Daerah Beaufort Mohd Nazri Ajun ketika menerima sumbangan berkenaan memuji usaha dan semangat pihak Hibiscus Petroleum dalam menyampaikan sumbangan itu.

Katanya, semua barangan sumbangan itu akan diletakkan di stor penyimpanan untuk digunakan setiap kali pusat itu diaktifkan semasa banjir atau bencana alam lain.
 

  • oleh
  • Advertisement