Anda di sini

Tahun Baharu Cina disambut meriah di Sarawak

Advertisement
Orang ramai membanjiri BCCK untuk menghadiri sambutan Tahun Baru Cina 2024 peringkat negeri. - Gambar Chimon Upon
Orang ramai membanjiri BCCK untuk menghadiri sambutan TBC 2024 peringkat negeri. - Gambar Chimon Upon
Pengunjung pelbagai kaum menjamu selera pada sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri di BCCK. - Gambar Chimon Upon
Pengunjung pelbagai kaum menjamu selera pada sambutan TBC peringkat negeri di BCCK. - Gambar Chimon Upon
Tun Wan Junaidi bersama Abang Johari serta tetamu kenamaan yang lain melakukan upacara Yee Sang pada sambutan Tahun Baru Cina di BCCK. - Gambar Chimon Upon 
Tun Wan Junaidi bersama Abang Johari serta tetamu kenamaan yang lain melakukan upacara Yee Sang pada sambutan TBC di BCCK. - Gambar Chimon Upon 

KUCHING: Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) di Sarawak berlangsung meriah tahun ini dengan amalan tradisi rumah terbuka oleh masyarakat Cina. 

Di Kuching, sambutan TBC peringkat negeri diadakan buat pertama kalinya pada hari pertama iaitu di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK). 

Terbuka kepada semua, sekitar 5,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan itu bersama-sama Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta isteri Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang (enam kiri) merakamkan gambar bersama tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di kediamannya pada hari kedua sambutan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang (enam kiri) merakamkan gambar bersama tetamu yang hadir pada Majlis Rumah Terbuka TBC di kediamannya pada hari kedua sambutan.

Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Datuk Amar Juma'ani Tuanku Bujang turut hadir bagi memeriahkan sambutan itu. 

Amalan kunjung mengunjungi diteruskan pada hari kedua sambutan antara masyarakat pelbagai kaum di negeri ini untuk sama-sama memeriahkan sambutan TBC.

Antara yang mengadakan rumah terbuka pada hari kedua adalah Persatuan Teochew Kuching yang juga bersempena sambutan ulang tahun ke-160 persatuan pada tahun ini. 

Pengamal media merakamkan gambar bersama pada Majlis Rumah Terbuka di kediaman bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam pada hari pertama sambutan.
Pengamal media merakamkan gambar bersama pada Majlis Rumah Terbuka di kediaman bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr George Chan Hong Nam pada hari pertama sambutan.

Sambutan tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Premier bersama isteri serta beberapa tetamu kenamaan yang lain di Wisma Teochew, Jalan Tabuan di sini. 

Turut mengadakan rumah terbuka pada hari kedua sambutan, Datuk Bandar Kuching Selatan Dato Wee Hong Seng di kediamannya di Jalan Chua Say Chiat, Batu 2 di sini. 

Dalam pada itu, Premier dijadualkan meneruskan kunjungan TBC di Miri, Sibu dan Bintulu pada 12 hingga 15 Februari anjuran pelbagai pemimpin, ahli perniagaan termasuk pihak persatuan. 

Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah melakukan upacara menggaul Yee Sang bersama yang lain semasa kunjungan ke kediaman Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. 
Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah melakukan upacara menggaul Yee Sang bersama yang lain semasa kunjungan ke kediaman Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. 
  • oleh
  • Advertisement