Anda di sini

Rumah kosong di Taman Tunku musnah terbakar

Advertisement
Keadaan sebuah rumah teres yang musnah dalam kebakaran di Jalan Kuching Timur 3, Taman Tunku, Miri semalam.
Keadaan sebuah rumah teres yang musnah dalam kebakaran di Jalan Kuching Timur 3, Taman Tunku, Miri semalam.

MIRI: Sebuah rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Kuching Timur 3, Taman Tunku di sini semalam.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dilaporkan memandangkan rumah itu ditinggalkan kosong.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Ismaidi Ismail berkata, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu sekitar jam 8.12 malam.

Berikutan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral telah bergegas ke lokasi yang sejauh 12 kilometer.

"Setiba di lokasi kejadian, pasukan keluaran operasi mendapati benar berlaku kebakaran melibatkan sebuah rumah teres jenis kekal yang telah terbakar 100 peratus.

"Berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada jiran berhampiran, rumah itu telah ditinggalkan kosong sejak lebih 20 tahun dan status pemiliknya juga tidak diketahui," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat kelmarin.

Sehubungan itu kata Ismaidi, setelah menilai keadaan di lokasi komander operasi mengarahkan anggota terlibat melakukan kerja-kerja pemadaman menggunakan satu aliran bantu mula dan aliran hos 100 kaki untuk memastikan api telah padam sepenuhnya.

Terdahulu katanya, kebakaran itu telah dipadamkan sepenuhnya oleh orang awam sebelum ketibaan PKO.

"Berikutan itu, tindakan seterusnya diserahkan kepada pihak Forensik Kebakaran untuk menjalankan siasatan lanjut di lokasi kejadian," ujarnya.

Advertisement