Anda di sini

Padi bukit perlukan baja untuk tingkat pengeluaran hasil

Advertisement
Mong (kanan) bersama penduduk di Rumah Helery Kichen, Kampung Nyelam, Sri Aman menuai padi bukit semasa lawatan beliau ke Ladang Padi Bukit di kawasan berkenaan Khamis lalu.
Mong (kanan) bersama penduduk di Rumah Helery Kichen, Kampung Nyelam, Sri Aman menuai padi bukit semasa lawatan beliau ke Ladang Padi Bukit di kawasan berkenaan Khamis lalu.

SRI AMAN: Penggunaan baja sangat penting bagi pengusaha tanaman padi bukit untuk tujuan meningkatkan pengeluaran hasil tanaman mereka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang berkata, ia susulan daripada tapak tanaman padi pada masa kini terpaksa digunakan berulang kali kerana kebanyakan tanah telah digunakan untuk tanaman lain.

Beliau berkata demikian ketika melakukan tinjauan dan lawatan ke Ladang Padi Bukit di Rumah Helery Kichen, Kampung Nyelam, Sri Aman dekat di sini Khamis lalu.

Menurut Mong, padi bukit merupakan salah satu tanaman yang ditanam secara pertanian pindah oleh masyarakat Iban sejak zaman dahulu lagi.

“Ia bertujuan mencari tanah yang lebih subur bagi mendapatkan hasil tuaian yang lebih baik.

“Dulu padi bukit ditanam secara organik tanpa menggunakan racun atau baja,” jelasnya.

“Tetapi kini disebabkan peredaran zaman telah berubah di mana tapak tanaman terpaksa digunakan berulang kali susulan daripada digunakan untuk tanaman lain seperti buah-buahan, kelapa sawit dan lada.

"Oleh yang demikian katanya, penggunaan baja sangat penting bagi pengusaha tanaman padi bukit untuk meningkatkan hasil tanaman mereka,” jelasnya lagi.

Mong menambah, beliau mendapati pengusaha padi bukit menghadapi pelbagai cabaran termasuk kekurangan minat generasi baharu dalam sektor pertanian, infrastruktur pertanian yang kurang memuaskan, harga input yang tinggi dan kualiti benih yang tidakmemuaskan.

“Saya menasihati para penduduk agar menggunakan bantuan yang diberikan kerajaan serta bantuan dalam bentuk baja padi dan buah-buahan dengan bijak untuk meningkatkan mutu hasil keluaran tanaman mereka,” tambahnya.

Pada program sama, Mong menjelaskan perancangan Kerajaan Sarawak dan Jabatan Pertanian Sarawak khususnya program pembangunanpertanian seperti Pembangunan Ladang/Sawah Padi Selepong-Panggil yang sedang dalam peringkat rintis dan perkhidmatan. 

Advertisement