Anda di sini

Nando's buka cawangan pertama di Miri

Advertisement


Berasal dari Afrika Selatan dengan gabungan warisan Portugis, Nando's akhirnya bawa 'Ayam PERi-PERi' ke Miri

Restoran Nando's di Bintang Megamall, Miri.
Restoran Nando's di Bintang Megamall, Miri.

MIRI: Nando's Malaysia telah membangkitkan keterujaan masyarakat Miri menerusi pembukaan cawangan pertamanya di bandar raya ini di Bintang Megamall. 

Berasal dari Afrika Selatan dengan gabungan warisan Portugis, Nando's akhirnya membawakan 'Ayam PERi-PERi' yang mempunyai rasa unik dan semangat Afrika Selatan ke bandar pantai yang indah ini.

Mengangkat cili sebagai ramuan utama, Nando's menanam sendiri cili mata burung Afrika yang juga dikenali sebagai cili peri-peri dengan bantuan lebih 1,400 petani bebas di Afrika Selatan. 

Campuran cili kecil berapi ini dengan herba, bawang putih dan bawang merah serta perahan lemon menghasilkan ramuan rahsia yang unggul daripada jenama ini iaitu Sos PERi-PERi Nando's.

Mengutamakan rasa diikuti kepedasan, Sos PERi-PERi Nando's berbeza berbanding sos cili lain yang mempunyai kepedasan melampau. 

Ayam Nando's diperap dalam PERi-PERi selama 24 jam bagi memastikan perapan meresap hingga ke tulang, kemudian dipanggang atas api sekali gus mencairkan semua lemak menjadikannya lebih sihat dan akhirnya dilengkapi dengan sos cili berdasarkan tahap kepedasan pilihan daripada lemon dan herba yang tidak pedas hingga pedas berapi.

'Ayam PERi-PERi' Nando's yang terkenal di seluruh dunia.
'Ayam PERi-PERi' Nando's yang terkenal di seluruh dunia.

“Miri kaya dengan budaya tempatan di mana Lada Sarawak adalah raja.

"Justeru, kami amat teruja membawakan kehangatan 'Ayam PERi-PERi' serta berkongsi warisan Afrika Selatan di sini.

"Matlamat kami bukan sahaja untuk memperkenalkan hidangan Afrika Selatan yang menyelerakan kepada masyarakat Miri, bahkan menawarkan tempat berkumpul baharu untuk keluarga dan rakan-rakan menikmati makanan. muzik, seni dan pengalaman menjamu selera di luar yang menyeronokkan.

"Tiada yang lebih menggembirakan kami selain menyaksikan pengunjung berkumpul semeja sambil berkongsi hidangan PERi-PERi yang lazat, bergelak tawa dan berasa seperti di rumah sendiri,” kata Ketua Pegawai Komersial Nando's Malaysia Chai Hui Fung.

Keluarga mahupun kumpulan besar boleh berkumpul di meja keluarga yang boleh memuatkan 10 atau 12 orang sambil berkongsi hidangan 16 Wingettes and Drumette atau Jumbo yang hadir dengan dua ekor ayam dan lima hidangan sampingan bersaiz besar. 

Untuk pasangan atau mereka yang ingin menikmati hidangan dengan segera, mereka boleh memilih tempat duduk yang lebih peribadi dihiasi corak berwarna-warni berinspirasi Afrika Selatan sambil menikmati hidangan nasi seperti PERi-crackle Chicken Rice Bowl baharu pada harga hanya RM18.90.

Selain itu para pengunjung boleh menikmati isian semula minuman ringan, kopi, teh dan coklat panas, Rubro Peach Tea yang eksklusif, hingga yogurt beku Nando's Bottomless Froyo.

Program kesetiaan Nando's di aplikasi mudah alih memberikan ganjaran terbaik buat ahli menerusi tawaran penebusan semua hidangan ayam selepas hanya tiga kunjungan dan mengumpul tiga cop cili. 

Sempena pembukaannya, Nando's juga telah menyumbangkan 150 hidangan kepada empat rumah amal iaitu MRCS Sunflower Center, Miri Home for the Aged, Miri Methodist Children Home dan  Persatuan Ibu Bapa Kanak-Kanak Istimewa Miri (PIBAKIS). 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.nandos.com.my atau ikuti laman sosial Nando's Malaysia di www.facebook.com/NandosMY atau  www.instagram.com/nandosmy/ atau www.tiktok.com/@nandosmy.

Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 9 malam.

Advertisement