Anda di sini

Gerawat adakan kunjungan TBC di Poyut/Lubok Nibong 

Advertisement
Rombongan Gerawat (duduk empat kanan) turut melawat ke rumah Penghulu Tie (duduk lima kanan).
Rombongan Gerawat (duduk empat kanan) turut melawat ke rumah Penghulu Tie (duduk lima kanan).

MARUDI: Timbalan Menteri di Jabatan Premier  Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek Datuk Gerawat Gala serta rombongan telah mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina (TBC) pada hari kedua perayaan tersebut semalam.

Rombongan beliau melawat penduduk dan rakan kaum Cina di kawasan Poyut/Lubok Nibong dekat sini yang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu.

Kunjungan pertama diadakan ke atas Pemanca Wong Kiong Ching, disusuli rumah Penghulu Tie King Un, Kapitan Tie Chi Ming, Kapitan Alvin Chua serta ahli perniagaan Alex Wong dan Mujan Lah.

Turut menemani beliau pada kunjungan tersebut ialah Pegawai Daerah Marudi Rose Edward Tarang, SAO Reagan Edwin, Pemanca Randi Bundan, Penghulu Jimbau Ena dan Penghulu Kael Sulang Ujai.

Menurut Gerawat, selain untuk merapatkan hubungan, lawatan tersebut juga bertujuan merangsang semangat saling membantu dan kerjasama dalam apa jua aktiviti di kawasan terbabit.

Advertisement