Anda di sini

53.9 peratus pelancong datang ke Malaysia sempena TBC

Advertisement
Suasana di sekitar Ladang Pusat Kecemerlangan Industri (ICOE) Farm Fresh di Universiti Putra Malaysia (UPM) ketika tinjauan Bernama sempena cuti sekolah dan Tahun Baharu Cina, semalam. - Gambar BERNAMA
Suasana di sekitar Ladang Pusat Kecemerlangan Industri (ICOE) Farm Fresh di Universiti Putra Malaysia (UPM) ketika tinjauan Bernama sempena cuti sekolah dan Tahun Baharu Cina, semalam. - Gambar BERNAMA

BINTULU: Dijangkakan 53.9 peratus pelancong datang ke Malaysia sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) ini, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Datuk Seri Tiong King Sing. 

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu berkata, pada hari kedua sambutan tahun baharu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Tourism Malaysia (TM) menyambut ketibaan penerbangan sewa khas MH8827 Malaysia Airlines dari Shenyang, Liaoning, China.

"Ketibaan penerbangan ini merupakan salah satu laluan baharu dan penerbangan catar dari China sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina 2024," jelasnya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Tiong, sebanyak enam penerbangan catar ke Malaysia termasuk Nanjing-Tawau, Chengdu-Langkawi, Zhengzhou-Kuala Lumpur, Chengdu-Kota Kinabalu, Chongqing-Langkawi dan Xian-Kuala Lumpur dari China telah dibawa bermula awal tahun ini.

Beliau berkata, pengumuman kemasukan tanpa visa bagi pelawat China bermula 1 Disember tahun lepas mendorong kepada peningkatan tempahan dari China ke Malaysia.

Beliau memetik Trip.com yang melaporkan Malaysia menerima peningkatan sebanyak 53.9 peratus kemasukan pelancong ke Malaysia sempena Tahun Baharu Cina pada 2024 berbanding tahun lepas.

"Apa yang pasti, ketibaan pelawat dari luar negara seperti China akan memberikan impak positif kepada sumber pendapatan negara," jelasnya.

Pada masa sama tegasnya, akan meningkatkan hasil pendapatan negara dan pada masa sama memberi manfaat kepada rakyat jelata dari segi peluang ekonomi melibatkan produk pelancongan tempatan.

MOTAC melalui agensinya Tourism Malaysia menurut Tiong dalam usaha meluaskan lagi produk pelancongan negara seperti pakej pelancongan semasa perayaan Tahun Baharu Cina, pakej pelancongan bulan Ramadan dan lain-lain lagi melalui penerokaan pasaran baharu yang berpotensi memberi pulangan yang baik kepada negara ini khususnya dalam sektor pelancongan serta sektor berkaitan yang lain.

Advertisement